21 August 2017

# koleksi lego kereta

KITKAT | HOT WHEELS VINTAGE CAR

ASSALAMUALAIKUM..
Dapat juga mama mengumpulkan ke tiga-tiga koleksi Hot Wheels Vintage Car dari KitKat ini...mula-mula dulu beli satu jer kononnya boleh datang beli lagi kalau nak tahu ceritanya klik sini..bila datang sekali lagi dah tak ada stok lagi rupa-rupanya...pasrah jer la dah tak ada rezeki nak dapat kumpul kesemuanya...semalam dengan sengaja tersinggah la ke Pasaraya Tesco di Bulit Indah..ingatkan nak cari barang lain tapi terjumpa juga kitkat ini...wah! tanpa berlengah terus jer ambil 2 kotak KitKat yang masih tak ada...ada rezeki lagi rupanya tapi yang bestnya harga jualannya semalam lebih murah dari yang mama beli masa mula-mula dulu...rezeki tang lain pulak la yer...



koleksi Vintage Car yang ke 2...


koleksi vintage car yang ke 3...


dah cukup pun ke tiga-tiga koleksi Vintage Car yang diperlukan...memang puas hati dapat kesemua koleksi kereta antik ini..kalau dah minat memang teruja nak dapatkan kesemuanya...

p/s mmg minat kumpul hot wheels dan kereta kecil...


1 comment: