30 July 2017

# resepi masakan

RESEPI | UDANG GORENG CILI HIDUP

ASSALAMUALAIKUM..

Resepi yang simple tapi sedap...pada yang nak cuba bolehlah cuba yer..

Bahan-bahan yang diperlukan...
Udang
*cili hidup
*cili api
*belacan
*bawang putih
*bawang merah
*Bahan ni dikisar atau ditumbuk separuh kasar
hirisan bawang 

Cara-cara memasak
1-Bawang merah,cili hidup,cili api,belacan,bawang putih di tumbuk atau dikisar kasar sedikit.
2-Panaskan minyak dan gorengkan udang sebentar.Angkat dan toskan minyak.
3-Tumis bahan yang telah dikisar atau ditumbuk kasar tadi ke dalam kuali.Biarkan bahan itu garing dan masak.
4-Setelah garing masukkan sedikita air asam jawa,garam dan serbuk perasa secukupnya.Gaulkan sehingga rata.
5-Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehingga sebati akhir sekali masukkan hirisan bawang besar tadi.Balik-balikkan sekejap.Udang goreng cili hidup siap untuk dihidangkan.Selamat mencuba yer..


8 comments:

  1. Simple...sennag je nak buat..nanti SA nak buat la mama..thanks share resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mudah...boleh cuba SA...

      Delete
  2. mudah rupanya resepi dia..ingatkan susah..nak try lah nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer cuba...mudah sgt...

      Delete
  3. Selalu jugak CCL masak resepi ini cuma bezanya tak masukkan belacan

    ReplyDelete
    Replies
    1. pd yg suka boleh la letak kalau x letak pun boleh jer...

      Delete
  4. Nk try la..nmpk sdap huhu

    ReplyDelete
  5. Nk try la..nmpk sdap huhu

    ReplyDelete