26 July 2017

# Lazada

AKHIRNYA SELESAI JUGA | DAPAT JUGA MEJA MAKAN 8 KERUSI

ASSALAMUALAIKUM..
Alhamdullilah !! bila dah siap pasang baru nampak sebenarnya meja makan yang mama beli kat Lazada tempohari sememangnya untuk kegunaan 8 kerusi...rasa macam puas hati sangat bila dah tahu meja ni sememangnya size 8 kerusi bukan 6 kerusi...tapi 2 kerusi lagi tu mama kenalah sediakan sendiri sebab kerusi yang disediakan hanya 6 saja...tak apalah janji meja boleh muat untuk 8 kerusi...dah buka baru tahu macam mana rupa isi di dalamnya...don't judge book by it's cover kan...tengok dulu baru tahu isinya...


Hari pertama hubby melakukan proses pemasangan kerusinya...


Kena ikut arahan pemasangan yang telah disediakan...


Hubby mama dah boleh kerja kat kedai perabot ni...dah mahir memasang rupanya..


 proses pemasangan untuk hari ke 2...kena siapkan 2 kerusi dan mejanya sekali...


Pemasangan kayu penyendalnya di bahagian bawah kerusi...


Inilah meja yang mama katakan tu...kalau biasa mcam ni boleh guna untuk 6 kerusi saja...


Bila nak gunakan untuk 8 kerusi terpaksalah ditarik kayu yang dibahagian bawahnya itu...baru boleh digunakan untuk 8 kerusi..kiranya boleh 2 kegunaannya...6 kerusi boleh 8 kerusi pun boleh...tapi hubby terus pasang meja itu dengan 8 kerusi sekali...senang katanya tak perlu lagi nak tarik kayu di bahagian bawahnya...


Akhirnya siap juga proses pemasangan meja yang mama beli di Lazada ini..nasib baik kat rumah mama ni ada 2 kerusi tambahan yang boleh digunakan...kiranya lepas jugalah hajat mama dan hubby nakkan meja makan yang ada 8 kerusi...


Akhirnya misi mama dan hubby berjaya dan rasanya mama berpuas hatilah walaupun entri sebelum ni rasa macam tertipu...rupa-rupanya memang betul dapat meja makan yang berkerusi 8 juga akhirnya...

p/s alhamdullilah lepas hajat nak meja makan 8 kerusi ni..

Entri berkaitan...



3 comments:

  1. alhamdulillahhhh.. dapat juga meja 8 kerusi impian mama kan..

    ReplyDelete