HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Monday, June 5, 2017

PERSIAPAN DEKO HARI RAYA | WING CHAIR JADI IDAMAN

ASSALAMUALAIKUM....

Sekali lagi mama nak cuba join Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest ini...untuk semua blogger jomlah join sekali semakin ramai yang join semakin meriah rasanya..mana tahu ada rezeki untuk hari raya nanti...kalau nak join tekan sini yer... 


Penjualan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya dan contest ini bermula dari 19 Mei-25Jun 2017 nanti tau (di mana anda boleh mencari diskaun khas sehingga 90%)..pertandingan ini dah masuk minggu yang ke dua pun..semakin ramai yang join akan semakin banyak hadiah yang akan disediakan nanti...

1-Less than 100 Participants (15 winners)
15x RM100

2-More than 100 Participants (20 winners)
1st Prize : 1 x RM400
2nd : 8 x RM150
3rd : 11 x RM100

3.More than 100 Participants (50 winners)
1st : Prizes : 1 x RM500
2nd : 16 x RM150
3rd : 33 x RM100

4-More than 300 Participants (80 winners)
1st Prize : 1 x RM600
2nd Prizes : 35 x RM150
3rd Prizes : 44 x RM100

Jomlah kita mencuba mana tahukan rezeki untuk raya nanti...mama nak mencuba juga ni minta-minta adalah rezeki hari raya tahun ini dari Lazadakan...

Theme : My Ramadhan Home

a-How are you decorating your house to be ready?
Setiap tahun bagi kaum wanita ni memang ada saja persediaan untuk mendeko rumah mereka.Bagi yang berkemampuan boleh saja tukar kesemua perabot di rumah dengan yang baru tapi jika tidak berkemampuan tu cubalah ubah suaikan saja susunan perabot atau colornya biar nampak perubahan suasana yang baru di dalam rumah kita.

Bagi mama pada tahun ini deko di rumah hanya simple-simple saja..tiada pertukaran perabot yang baru hanya mama tukarkan color perabot coklat ke warna putih..Bila pertukaran warna nampaklah sedikit perubahan yang baru dalam suasana dalaman rumah mama ini..walaupun tak bertukar ke perabot yang baru tapi kita kenalah padan dan suaikan mana perhiasan yang sesuai supaya ianya kelihatan lebih menarik.

b-Share your decorating tips for this Raya
1-Untuk tahun ini mama hanya membeli hiasan rumah bersuaian dengan tema rumah mama ni..Barangan murah tapi cantik itu sudah cukup memastikan suasana deko di rumah mama kelihatan cantik untuk raya tahun ini.

2-Kalau masih gunakan langsir yang sama cuba tambahkan dengan pengikat yang berbunga misalnya untuk menampakkan perubahan disekitar kawasan langsir tersebut.Cuba gantikan sarung kusyen yang baru untuk menampakkan perubahan baru disekitar sofa di rumah.Karpet pula kalau tak diganti hanya perlu dihantar ke kedai cuci karpet untuk memberikan perubahan warna karpet tersebut agar kelihatan bersih dan baru.

3-Kawasan dinding di ruangan rumah pula mama hanya tambahkan dengan wallpaper berbunga untuk samakan dengan tema inggeris di ruang tamu rumah mama..Untuk menampakkan perubahan suasana dari suram ke suasana yang lebih segar.Carilah wallpaper yang kena dengan tema dan kita mampu membuat perubahan yang menarik dan cantik di sekitar dalaman rumah kita..

4-Tambahkan disetiap sudut dengan jambangan bunga hidup atau tiruan.Tukarkan bunga yang baru di tempat yang perlu untuk menampakkan suasana segar mengikut kesesuaiannya.

5-Letakkan lebih pewangi untuk ruang tamu dan disekitar kawasan dalaman rumah supaya keadaan suasana dalaman rumah terasa begitu segar dan nyaman sekali bila tetamu datang berkunjung ke rumah di hari raya nanti.Boleh juga diletakkan bingkai gambar keluarga yang menarik untuk menampakkan perubahan.


C.What kind of products (e.g. furniture) can you get on Lazada's platform to help you decorate your house for this Raya?

Kalau ada rezeki sebenarnya mama teringin nak mencari Wing Chair untuk diletakkan di ruang tamu rumah mama ini untuk menggantikan kerusi yang lama dan oleh itu tempat yang paling awesome untuk bershopping adalah di Lazada..Ianya adalah salah satu laman web yang menyediakan semua keperluan yang kita mahukan...Lazada memberikan kita sesuatu kemudahan dengan harga promosi yang tiada terdapat dimana-mana..jom kita bershopping di Lazada...


Berkenaan mama dengan Wing Chair yang diatas ini dan harganya pun lebih murah dari yang lain-lain..Kiranya harganya adalah harga yang mampu mama miliki.Warnanya pun boleh kena dan match dengan perabot sedia ada di rumah mama ini.Kalau ada rezeki raya dapatlah mama beraya dengan Wing Chair baru ini...


Yang ini pun cantik juga tapi harganya lebih sedikit dari harga yang mama sudah peruntukkan dalam bajet mama...dah tak tahu yang mana satu yang perlu untuk dibeli.Lagi pun yang ini tinggal satu jer stoknya...kalau mama dapat Wing Chair yang di atas itu pun dah cukup gembira rasanya.Mama berharap adalah rezeki raya tahun ini dan bolehlah menang contest dari Lazada ini nanti..

Okaylah sememangnya Lazada memang tempat shopping online yang awesome sangat..
Thank you Lazada..



5 comments: