HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Tuesday, May 30, 2017

RESEPI KETUPAT GORENG SEDAP

ASSALAMUALAIKUM...
Haii korang...macam mana berpuasa hari ini.semoga diberikan kemudahan untuk kita meneruskan puasa hingga ke waktu berbuka nanti yer...sekejap jer dah 4 hari kita berpuasa kan...apa menu korang untuk berbuka nanti...?pasti dah siap menu yang sedap dan lazat petang nantikan..okaylah hari ni mama nak sharekan resepi mudah dan sedap untuk korang semua...kalau dah jemu nak makan nasi jom kita makan nasi ketupat petang ni..tak payah nak tunggu raya jer kalau nak makan lontong goreng ini....jom kita tengok resepinya..


Bahan-bahan-nya...
ketupat mini segera yang dah siap direbus
daging hancur
udang kering (tumbuk sedikit)
cili kisar
daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan
garam
serbuk perasa
gula sedikit

Cara-cara memasaknya..
1-Potong ketupat mini yang sudah direbus pada 4 bahangian..kalau suka kecil boleh potong kecil.tepikan dahulu..
2-Tumiskan cili kisar dan udang kering dahulu...biarkan sehingga cili itu garing sebentar.
3-Setelah itu masukkan daging cincang tadi ke dalamnya...biarkan sehingga daging masak dan lembut..Bila dah garing masukkan garam,gula dan serbuk perasa secukup rasa ke dalamnya.
4-Masukkan ketupat mini yang sudah di potong-potong dadu tadi ke dalam sos cili tadi..gaul sehingga sebati..bila dah siap bolehlah ditutup api..Lontong goreng siap untuk dihidangkan.
5-Hiaskan lontong goreng itu dengan bawang goreng dan daun bawang dia atasnya..siap akhirnya menu untuk kita berbuka..
selamat mencuba korang !


Entri berkaitan

 

1 comment: