HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Friday, May 26, 2017

RESEPI KERANG BERCILI

ASSALAMUALAIKUM..
Hari ni mama nak sharekan resepi mudah dan cepat untuk disiapkan...resepi kegemaran anak-anak mama..Kerang bercili ini boleh juga dimasak untuk menu berbuka puasa juga...simple dan mudah untuk memasaknya...jom kita tengok resepinya dibawah ini...

Bahan-bahan yang diperlukan..
 Kerang
 Cili blander 
(kisar sekali dengan bawang merah,bawang putih dan belacan)
serai
garam
serbuk perasa
gula
sedikit air asam jawa
minyak


Sediakan bahan-bahannya...
1-Bersihkan kerang sebersih-bersihnya dan tepikan dahulu..


2-Tumiskan cili kisar tadi dan serai yang telah dititikan sedikit...biarkan cili sehingga garing...setelah cili garing masukkan garam,gula,serbuk perasa dan sedikit air asam jawa secukup rasa...kacaukan cili sebentar..


3-Masukkan kerang ke dalam cili tadi..kacaukan sehingga sekata...


4-Kacau dan ratakan cili dengan kerang tadi...


5-Tutupkan sebentar periuk berisi kerang tadi...tunggu sehingga kerang masak..


6- Angkat penutup dan jika kulit kerang dah terbuka bolehlah ditutup api...kerang bercili siap untuk dihidangkan.Selamat mencuba semua.


Entri berkaitan 


4 comments:

  1. Replies
    1. heheee mekacih...boleh ambil la...

      Delete
  2. ya Allah, temptingnya sis macam ni, waaaa

    www.neezalife.com

    ReplyDelete