26 April 2017

# diy tanaman

TANAM POKOK DAPAT JUGA HASILNYA

ASSALAMUALAIKUM....
Alhamdullilah !! menjadi juga serai yang hubby tanam tempohari...pokok serai tu dah mula mengeluarkan tunasnya....harap menjadilah serai ni nanti...nak tahu ceritanya tekan sini...
Dah menjadi juga nampaknya pokok serai ni....kita tunggu hasilnya nanti..
Pokok sawi ni macam terbantut pula tumbesarannya...asyik dialih-alihkan tempat tanaman nyer jee...
Hubby semai pokok durian belanda yang mama beli masa singgah kat Air Itam dulu...nak tahu ceritanya tekan sini...
Hasil cili yang telah dipetik untuk kali ke 4 ini...ambil.sedikit daun kari sebab rasanya nak masak menu kari telur nanti...dah boleh guna hasil tanaman sendiri untuk masakan..
Pokok cili terpaksa dipotong daunnya...benah dah semakin banyak menyerang daun-daun pokok cili ni....apa racun yang boleh membunuh benah ni yek...tak tahu nak cari racun yang baik untuk digunakan...
Inilah daun pokok cili mama yang telah diserang dengan benah yang banyak...kalau dibiarkan memang melarat ke semua daun nanti...bila kita usik jer benah ni akan terbang...

p/s seronok dpt terapi minda di pg hari...

6 comments:

  1. dulu pernah tanam lada,memang benah ni la jadi musuh utama sampai pokok mati...huwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu eda...geram tengok...

      Delete
  2. Replies
    1. alhamdullilah anum...berbakti pd tanah dpt juga hasilnya...

      Delete
  3. bestnya tngok hasil tanaman sndiri.. rasa puas hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Busyra...mmg rasa puas hati sgt...

      Delete