JIRAN TETANGGA

Monday, February 27, 2017

DIY PROJEK MENYEMAI PAGI NI

ASSALAMUALAIKUM...
Pagi ni projek mama dengan hubby diteruskan...beli benih sayur bayam semalam kat kedai rm2...jadi pagi ni semaikan dahulu kat pasu kecil dulu..bila dah besar nanti barulah boleh dialihkan ke bekas yang lebih besar..


Siapkan bekas semaian sementara...bila dah besar sikit boleh alihkan ke bekas yang lebih besar...


Siap juga menyemai benih bayam ni...cepat la kau besar yer bayamm..kena tunggu benih bayam ni bertunas dulu....


ni dia ! cucuk jer batang pucuk manis ke dalam pasu..harap-harap batang pucuk manis ni membesar dengan jayanya..


tanam batang kangkung dlm pasu ni..sekejap saja dah  mula mengeluarkan tunasnya..


alhamdullilah daun sup ni juga dah mula membesar...pokok pandan yang baru ditukar tanah dan pasu hari tu elok tumbesarannya(gambar kat belakang tu)..elok menghijau daunnya...seronok rasa hati bila tengok pokok-pokok ini dapat  hidup dengan subur dan menghijau daunnya....

p/s tanam sikit dlm pasu jer...mini garden grandma ni...

6 comments:

  1. Syoknya tanam pokok macamni. nanti kalau nak guna boleh ambil terus je kan. Paling syok bila tengok dia membesar.

    ReplyDelete
  2. memang satu kepuasan bila pokok yang kita tanam hidup ma, rasa macam ada magik, hahahah

    ReplyDelete
  3. bestnya... bercucuk tanam...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #28. blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2017/02/senarai-url-blog-28.html

    pemenang akan diumumkan pada 28/2/2017

    ReplyDelete

GRANDMA ON PAPER

GRANDMA ON PAPER