JIRAN TETANGGA

Saturday, January 14, 2017

Darwisy Oh Darwisy !!

ASSALAMUALAIKUM...
Alahai cucunda grandma ni...yer la benda dah nak jadi..tak boleh nak cakap apa pun..inilah akibatnya keluar bilik air tak lap kaki..kaki basah lagi kemudian berlari lalu terjatuh..sudah dipesan selalu keluar bilik air tu lap kaki dahulu...
Kesian la cucu grandma ni...jatuhnya malam bangun pagi baru terasa tangan tu sakit...nak angkat tangan tu pun tak larat...sakit katanya...memang tak boleh dibiarkan kena juga bawa Darwisy ke hospital untuk medical check up...mana tahu lain pula jadinya...



Bawa Darwisy ke Hospital Besar Sultanah Aminah untuk check up...mama Darwisy kena buat pendaftaran dulu..dan kami menunggu untuk pemeriksaan doktor pula...nasib baik tak ramai pesakit yang ada pada hari tu...sekejap jer nombor dah dipanggil...


sambil menunggu nombor giliran dipanggil..mama sempat berselfie dengan dengan buah hati grandma ni...
kesian grandma tengok Darwisy sakit...


cucunda kesayangan grandma ni...


kena buat x-ray kat tangan Darwisy...bila dah check dengan doktor baru lega sedikit...doktor cakap tak ada apa-apa masalah...hanya ada bengkak sedikit ...nasib baik tak ada tulang yang patah atau retak...doktor hanya bagi ubat dan melarang tangan Darwisy diurut...semoga cucunda grandma ni cepat sembuh seperti biasa yer sayang...!!


p/s esok terpaksa cuti sekolah....


1 comment:

  1. Moga Darwisy segera sembuh ya...nanti boleh pergi sekolah semula.

    ReplyDelete

GRANDMA ON PAPER

GRANDMA ON PAPER