HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Saturday, December 17, 2016

RESEPI SIMPLE SAMBAL TELUR REBUS GORENG

ASSALAMUALAIKUM....
Resepi mudah dan simple dari mama lagi...kali ini resepi sambal telur rebus goreng...kebetulan dalam peti stok lauk dah kehabisan jadi inilah resepi mudah dan simple yang mampu mama fikirkan...resepi mudah,cepat dan simple keluar dari dapur grandma..sebelum keluar nak cari stok lauk mama masak terlebih dahulu..lauk sambal simple ini untuk sarapan pagi merangkap makan tengahari terus...senang dan mudahkan...okaylah kali ini mama nak sharekan resepi mudah dan simple ini...

Bahan-bahan yang diperlukan..
Telur ayam(rebus dulu)
Cili yang sudah diblander
Cili kering/bawang besar/merah/bawang putih/belacan(diblanderkan)
Hirisan bawang besar
Garam/serbuk perasa
Minyak


Cara-cara memasak...
1-Panaskan minyak..ambil telur yang telah direbus,kupas kulitnya dan gorengkan sebentar...
2-Bila telur sudah kekuningan angkat dan tepikan dulu..
3-Tumiskan cili yang telah diblander tadi sehingga garing dan pecah minyak...
4-Masukkan garam,serbuk perasa dan sedikit air asam jawa...kacau sehingga sebati kesemua bahan tadi...biarkan sekejap...
5-Masukkan telur yang telah digoreng tadi ke dalam sambal...kacau dan balik-balikkan sekejap...last sekali masukkan hirisan bawang besar tadi...kacau sekejap...
6-Sambal telur rebus goreng simple siap untuk dihidangkan bersama lauk yang lain juga...
Selamat mencuba resepi mudah dan simple dari mama ni yer...




4 comments:

  1. Assalamualaikum mama. Sedapnya. Dulu Rose buat sambal telur rebus, tak goreng. Tapi, bila makan kat satu kedau ni. Tengok dia goreng. Eh sedap! Terus goreng lepas tu bila masak. Hihi

    ReplyDelete
  2. wah! tengok gambar aje dah nampak sedap sambal telur rebus goreng ni. boleh cuba resepi ni :)

    ReplyDelete
  3. Pn Is3 biasa buat ni.
    Makan dengan nasik lemak best.

    ReplyDelete