JIRAN TETANGGA

Thursday, December 1, 2016

November Ke Disember

ASSALAMUALAIKUM...

Dah sampai bulan terakhir di penghujung tahun 2016...selamat datang Disember...bulan Disember adalah masa anak-anak kita berehat dan bercuti dari sesi persekolahan untuk tahun 2016 ini...bulan Disember ini jugalah akan adalah banyak majlis-majlis jemputan yang akan kita terima dari saudara mara dan jiran tetangga..biasanya akan ada ramai yang mengadakan majlis kenduri kawin di masa cuti sekolah yang panjang begini..juga bagi anak-anak yang berkhatan akan ada majlis kenduri berkhatan...selamat berkhatan bagi mereka..bermacam-macam majlis lagi la.
semuanya boleh dilakukan di penghujung tahun begini...pada yang dah planning ingin bercuti mesti dah bersiap sedia hendak membawa anak-anak bercuti di dalam negara atau di luar negara...pada hujung tahun begini jugalah musim hujan pun akan berlaku...diharap kawan-kawan yang berada di kawasan-kawasan yang biasa dilanda banjir akan terus berjaga-jaga dan berhati-hati yer...semoga semuanya selamat dan dapat melakukan apa jua yang telah kita plankan awal-awal lagi...

-Selamat Bercuti Semua-

3 comments:

  1. Kad jemputan yg dah kakak tepek kat whiteboard bilik kakak dah bersusun Mas
    Minggu sebelum ini pun dah mula dah..

    ReplyDelete
  2. moga di bulan terkahir ni,kita diberikan syafaat...rezeki yang berlipat kali ganda...amin

    ReplyDelete
  3. Owh, yang warna kuning tu maknanya cuti sekolah.
    Panjang jugak cuti cukgu2 ye.

    ReplyDelete

DUIT TABUNG