JIRAN TETANGGA

Tuesday, November 15, 2016

Resepi Spaghetti Versi Melayu

ASSALAMUALAIKUM...

Cuaca sejuk-sejuk ni memang malas segala-galanya...tapi bila bab makan ni memang kena rajin-rajinkanlah diri ini masuk ke dapur sebab kalau tak berasap dapur tu memang laparlah perut ni...hari ni mama nak sharekan resepi mudah yang simple untuk dimasak..tekak teringin nak makan spaghetti la pulak...tengok kat peti ais tak berapa nak ada bahannya tapi buat jer la apa yang ada...janji perut dapat dikenyangkan...

Okay bahan-bahannya ikut resepi mama ni la yer...apa yang ada jer yer dak...pada yang suka boleh jer letak bahan-bahan yang disukai...kita buat dia kan janji sedap kat tekak...
1-Ambil spaghetti rebuskan dulu...letak sikit minyak zaitun dalam air rebusan tu...nak elak spaghetti melekat nanti...dah cukup masak angkat dan toskan...
2-Nak buat kuahnya pula...keluarkan cendawan dalam tin..potong hiris2kan cendawan butang tu..bila dah siap letakkan dalam mangkuk...
3-Panaskan minyak kalau tak ada minyak zaitun minyak biasa pun bolehla...tumiskan bawang kalau nak sedap guna bawang holland yer.. kemudian masukkan sedikit cili kering yang telah diblander dulu..mama suka letak cili sebab nak pedas...tekak orang melayu kalau tak ada pedas tak sah kan...
4-Bila cili dah garing masukkan daging hancur..biarkan sehingga daging itu lembut dan empuk secukupnya...setelah itu bolehlah dimasukkan sos spaghetti tomato prego dan daun bay ke dalamnya...apa-apa perasa sos spaghetti pun boleh digunakan..biarkan sehingga masak...perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya...
5-Bila dah siap bolehlah dihidangkan...letak mee spaghetti ke dalam mangkuk dan letakkan kuahnya ikut suka berapa banyak nak letak dan makan...kalau suka boleh taburkan chess di atas mee spaghetti tu..mama stok chess dah habis jadi tak payah la nak tabur-taburkan makan jer apa yang ada..kalau kawan-kawan suka taburkan chess kat atas mee spaghetti tu baru feel mat salleh sikit kan...okay kawan-kawan selamat mencuba yer resepi mudah dari mama ni...

p/s sesekali tekak orang melayu ni nak juga makanan orang putih kan..


11 comments:

  1. ini mat saleh celup namanya mama.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu x pe seri...mat salleh celup melayu...

      Delete
  2. yg best masa buat spaghetti versi Melayu, sebab ada cili! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheee betul tu sally versi melayu kenalah letak cili...

      Delete
  3. lama gak tak makan spagetti nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan...buat versi melayu jer ...

      Delete
  4. suami tak suka makan..tunggu annak besar makan dengan anak je..hehee..boleh masak dekat rumah

    ReplyDelete
  5. Alahh. Lapa blik.. da lama x masak spggtty

    ReplyDelete
  6. feveret famili aida ni.
    kalu bosan makan nasi, ni ler yg selalu dimasak kan utk anak2.

    ReplyDelete

DUIT TABUNG