JIRAN TETANGGA

Monday, November 14, 2016

Resepi Sambal Belacan Panaskan Badan

ASSALAMUALAIKUM...

Cuaca kat luar hari ni memang sejuknya sampai ke tulang...nak pergi dapur rasa bercinta sangat...kalau ada orang yang nak masakkan alangkah seronoknya...makanan siap dihidang kita cuma duduk makan jer...tapi rumah mama ni mana nak datangnya orang gaji...kalau lapar bangun masaklah sendiri...kalau tak nak masak laparlah perut tu...nasib badan kan...bangun juga la kan..sebab mama nak memanaskan badan dari kesejukan cuaca hujan kat luar tu...apa yang mudah dan senang nak bagi badan dan telinga panaskan..ini dia sambal belacan cili api panas badan namanya...jomlah apa tunggu lagi jom kita menumbuk sambal belacan simple ni...

1-Ambil cili api kalau ada cili kampung lagilah sedapnya...boleh meraung satu rumah kena cili mulut tu...semuanya mama guna cili padi hijau dan campur yang merah sedikit..kalau letak cili hidup tak pedas pula nanti...kalau ada yang alah cili padi tu eloklah tambahkan dengan cili hidup juga...nanti pedih perut susah pulak jadinya...
2-Ambil belacan agak-agak berapa banyak cili padi tu...pastu kalau suka bakarkan sekejap belacan tu...bila dah siap bolehlah kita menumbuknya...
3-Masukkan cili padi.belacan,garam sedikit,serbuk perasa mama tambah sedikit ikan bilis...tumbuklah kesemua bahan tadi sehingga lumat...bila dah siap angkatkan letak dalam bekas...kalau suka perahkan limau kasturi ke dalam sambal belacan tu...sebab ada yang tak suka letak limau..bagi mama perahkan air limau tu lagi sedap rasanya...makan boleh bertambah-tambah nasi berpinggan-pinggan jadinya... 
memang berasaplah mulut dan telinga lepas makan tengahari ni...amik kau ! nak panas badan sangatkan..lepas makan memang panaslah badan tu...okay selamat mencuba yer kawan-kawan semua...


9 comments:

  1. Ini satu badan boleh panas ni Mama..kan?especially bibir ngan telinga

    ReplyDelete
  2. sambal belacan pedas....pergh...meleleh air liur...saya ada jual belacan dekat pasar borong tapi sekarang harga belacan dah naik harga =)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ma.. hujan2 ni berdenting telinga makan sambal belacan berapi.. hihi

    ReplyDelete
  4. ini tahap panas badan sampai keluar air setiap rongga ni :p

    ReplyDelete
  5. sedapnya mama..sejak menyusu badan nie, x berani lg nk mkn pedas2 sgt..hihi

    ReplyDelete
  6. aida jarang buat sambal belacan.
    sesekali balik umah mak, mak buat kan.
    pergggh! terbaik :)
    pedas hingga nampak la singapore :) ha ha ha...

    ReplyDelete

DUIT TABUNG