JIRAN TETANGGA

Thursday, June 23, 2016

DIY Cermin Dinding Ruang Makan

ASSALAMUALAIKUM..


Hari ni projek ubahsuai yang mama lakukan adalah dinding tepi tangga ni...Dulu letak frame gambar kat sini tapi kali ni mama nak tukarkan dengan letakkan cermin pula kat sini...


Semalam sempat ke kedai Eco rm2.12 ini..beli 20 keping cermin ni...harga cermin ni murah sikit beli kat sini...nak beli cermin IKEA entah bila la nak ke sana lagi...Beli yang ni pun cukuplah buat deko sikit-sikit kat rumah...


Mulalah proses membuka satu persatu plastik cover cermin tu...Jenuh juga nak membukanya...tapi akhirnya siap juga tanggalkan framenya..


Nak lekat kenalah cari gam yang betul-betul kuat takut cermin tu jatuh pulak nanti...cari gam kat kedai Diy..jumpa yang ini dan yang paling kuat gamnya...mulalah proses melekatkan satu persatu cermin kat dinding ruang makan ni...


inilah akhirnya siap juga projek diy mama...cuma cerminnya taklah secantik cermin yang dibeli dari IKEA.. jadilah janji dapat sedikit perubahan yang dapat dilakukan di ruangan makan ini...nampak luas sedikitlah dari yang selalu...deko sikit-sikit tukar perubahan untuk raya tahun ni..


9 comments:

  1. Ini kalau org dtg rumah Mas mesti hala tuju ke sini dulu nak betulkan tudunglah, nak tengok make-up kat mukalah, nak tambah lipstiklah hihi... banyak cermin dah sedia ni:)

    ReplyDelete
  2. Rajinnya akak! Boleh try letak dlm bilik ni :D

    ReplyDelete
  3. Ceria nampak tangga tuh...
    Kreatif

    ReplyDelete
  4. cermin 2.12 ni kdg ada yg kembang pantulannya kan.. tapi bila dah pasang byk2 mcm tu siapa yg kuasa nak membelek.. nampak cantik pun... kannnn..

    ReplyDelete
  5. sama la dengan saya..awk bg inspirasi untuk buat dekorasi tp jauh dari ikea tok dapatkan cermin mcm tu..tqvm.,.:-)

    ReplyDelete

DUIT TABUNG