JIRAN TETANGGA

Sunday, February 21, 2016

Resepi Ikan Bakar Sambal Serai

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ini anak mama ambil alih kerja di dapur...terima kasih anakku sebab bagi mak berehat dari memasak hari ini..biarkanlah cuti hujung minggu anak pula yang memasak...jadi mari kita tengok resepi dari air tangan anakanda mama hari ini...

Bahan-bahannya...
Ikan cencaru,cili kering
bawang merah,bawang putih
sedikit belacan,air asam jawa
serai,daun pisang,foil
garam,gula dan serbuk perasa

Cara-cara memasak...
1-Serai dihiris halus dan kisar bersama cili kering,bawang merah,bawang putih dan sedikit belacan..kisar sehingga hancur..
2-Panaskan minyak..tumiskan bahan kisar tadi sehingga garing..masukkan sedikit air asam jawa,garam,gula dan serbuk perasa secukupnya..biarkan sambal sedikit kering...
3-Setelah sambal serai kering bolehlah ditutup apinya..
4-Masukkan sambal di belakang ikan cencaru yang telah dibelah belakangnya..balut dengan daun pisang dan foil...buat sehingga selesai..
5-Akhir sekali bakar ikan yang telah siap dibungkus di atas dapur sehingga ikan masak..bila sudah siap di bakar bolehlah dimakan dengan nasi panas dan lauk-lauk yang lain juga..selamat mencuba yer kawan-kawan semua..


6 comments:

  1. Hi, this coming to you from Canada. I really love your this ikan bakar sambal. Looking at your picture of your cooking, masuk mulut boleh lupa nama mak, ha ha.
    Its my all time favourite! I think best tu ikan chincharu, correct? Saya da agak2 30 years have not eaten this.
    Kalau dapat makan, da tentu tiga pinggan nasi lichin. Ada sambal belachan?
    Happy cooking, and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  2. wahhh sedap ni.. mama


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #22. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/01/senarai-url-blog-22.html

    pemenang diumumkan kat http://www.mialiana.com/2016/02/pemenang-bertuah-url-blog-22.html

    ReplyDelete
  3. jika berkesempatan nak try jugak resepi ni..

    ReplyDelete
  4. Seronok hati seorang ibu bila anak-anak sudah boleh diharap mengambilalih sebahagian tugas rumah... :)

    ReplyDelete

DUIT TABUNG