JIRAN TETANGGA

Tuesday, February 16, 2016

DIY Meja Console Dan Kerusi

ASSALAMUALAIKUM...
Projek DIY ini dari minggu lepas lagi mama hendak membuatnya tapi ada saja halangannya...kebetulan mama masih bercuti dari menjaga cucu dan anak asuhan jadi kena jugalah teruskan projek yang tertangguh itu hari ini juga...jemu pula tengok color lama perabot yang ada kat rumah mama ni...jadi projek mama hari ini untuk menukarkan color coklat perabot itu ke color putih pulak...kena spray satu persatu perabot yang ada...projek pertama hari ini adalah meja console dan 2 biji kerusi kiri kanannya...jom kita lihat gambar-gambar yang kat bawah ni...


pertama sekali mesti ada spray warna putih..sediakan ikut keperluan yang diperlukan...mama beli di kedai diy dan jenis spray ini adalah yang cepat kering..senang tak payah nak tunggu lama untuk mengeringkannya nanti...


Hubby tolong spraykan juga tadi sebelum dia bertolak untuk kerja luar (outstation) ke Muar...


Selesai satu kerusi yang telah siap dispray oleh hubby tadi...


2 kerusi telah siap di spray dan dibiarkan sekejap supaya catnya betul-betul kering...


kali ini proses meja consolenya pula untuk di spray...inilah meja consolenya sebelum proses spray dilakukan...


Akhirnya siap juga meja console ini di spray dengan color putih...


Setelah siap di spray beginilah rupanya meja console dan kerusi yang telah di make over dengan color yang baru..memang nampak menarik sekali setelah ditukar color dengan warna putih ini...selepas ini ada lagi projek diy yang perlu mama lakukan lagi...pada kawan-kawan yang ingin mencuba bolehlah mencuba melakukanya sendiri di rumah yer..selamat mencuba...jumpa lagi kawan-kawan semua...

p/s tunggu entri diy seterusnya...

10 comments:

  1. a'a cantik laa..jimat tak payah beli baru just make over ja

    ReplyDelete
  2. Cantik nampak tebal putihnya, spray berlayer? saya yang nak tanya pun tak sure. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  3. Wah cantik deco ni....simple dan menarik

    ReplyDelete
  4. cantiknye. teros jadik english style. hik hik

    ReplyDelete
  5. Kalau kreatif dan rajin cantiklah hasilnya
    Sungguh cantik dan matching pulak dgn hiasan di atas mejanya:)

    ReplyDelete
  6. wah ! dh bertukar..xpayah nak tukar set baru hehe

    ReplyDelete
  7. kak mas, terpukau julia tgk hasil DIY kerusi dan meja tu...lawa yerrrrrrrr lepas spray putih....perghhhh

    ReplyDelete
  8. Minat sangat tengok ni mama... Memang suka kaler putih & hitam je... kaler rumah idaman... haha .. Sekali sekala bertukar memang nampak kelainannya..

    ReplyDelete

DUIT TABUNG