JIRAN TETANGGA

Friday, February 5, 2016

DIY Botol Kosong Guna Semula

ASSALAMUALAIKUM...

Proses DIY botol kosong dijadikan pasu untuk tanaman hijau kita di rumah...semalam mama membuatnya sendiri..nak membuatnya cukuplah senang sekali...apa yang perlu cuma perlu ada bahan-bahannya...bekas ini adalah untuk semaikan bawang besar untuk mendapatkan daun bawangnya nanti...

Bahan yang diperlukan:
tanah,botol plastik kosong
gunting,pisau,sedikit cebisan kain
air,bawang besar

Cara membuatnya..
-mula-mula sekali kita perlu ada botol kosong yang tidak digunakan lagi untuk dijadikan pasunya...
-Potong botol plastik itu menjadi 2..satu bahagian untuk atas dan satu bahagian lagi untuk yang dibawah..
-bahagian yang atasnya iaitu penutupnya perlulah ditebuk dan diletakkan cebisan kain untuk serapan air dari bawah nanti...
-Kemudian isikan tanah didalamnya dan letakkan diatas dibahagian bawah yang telah diisikan dengan air..
-Akhir sekali letakkan bawang besar yang hendak disemai di dalam tanah...letakkan bekas ini ditempat yang lembap sedikit..kita tunggulah hasilnya nanti yer..senangkan untuk kita membuatnya sendiri di rumah...oleh itu marilah kita mencuba melakukanya sendiri yer kawan-kawan...selamat mencuba...

6 comments:

  1. boleh dimanfaatkan semula kan mama :)

    ReplyDelete
  2. Tq mama share tips ni. Nnt nk buat la. lesal pulak buang smua botol air dn minyak selama ni

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya kakak memang guna macam ini Mas.
    Tapi kakak tanam halia dan kunyit. Daun kesum pun ada yg guna botol minyak ni.

    ReplyDelete
  4. kita pun ada buat macam tu jugak mama...kita tanam daun kesum..

    ReplyDelete
  5. wahhh... bagusnya.. boleh digunakan semula..

    ReplyDelete

DUIT TABUNG