JIRAN TETANGGA

Monday, December 21, 2015

Kena Ganggu Sesuatu

ASSALAMUALAIKUM...
Inilah kisah yang mama ingin ceritakan tempohari...suspen dan seram kisah ini...cerita ini diceritakan semula oleh anak mama yang bekerja di legoland..sememangnya setiap hari minggu anak mama akan bertugas berseorangan di opisnya...hanya di bahagian IT sahaja setiap hari Sabtu dan Ahad akan ada cuma seorang yang akan bertugas pada hari tu...

Kebetulan pada satu hari untuk menghilangkan kebosanan anak mama secara tak sengaja mengambil gambar di atas meja bekerjanya...anak mama pada mulanya memang tidak perasan pada gambar yang diambilnya itu..bila dia menghantar gambar itu di group whatsapp family mama dok menegur dan bertanya dia bekerja dengan siapa...jawapannya hanya dia seorang saja...tapi mama bertanya kenapa kat skrin laptop ke 2 tu ada bayangan kepala seseorang..


gambar 1 dalam bulatan tu tiada bayangan

Memang terkejut anak mama bila tengok gambar itu semula...tetiba jer rasa seram sejuk pulak katanya...memang banyak perkara yang pelik berlaku ketika anak mama bekerja berseorangan atau pun berdua...kekadang tu ada juga kena kacau bila tiba-tiba mesin photostat berbunyi sendiri,kekadang tu ada terdengar bunyi seperti seseorang sedang menaip keyboard dan macam-macam lagi la..bila ada terdengar bunyi yang pelik-pelik macam tu anak mama akan cepat-cepat keluar ke theme park atau terus balik jer..

gambar 2 ada bayangan di tepi skrin laptop tu..

Kalau kawan-kawan tengok gambar di atas ini ada tak perasan memang ada bayangan hitam seseorang di tepi skrin laptop itukan...benda-benda halus macam ni selalunya memang ada dimana-mana saja..hanya kita sebagai manusia ni jer yang tidak boleh nampak dengan mata kasar kita..kita kena kuat semangat dan banyakkanlah membaca ayat-ayat suci Al-Quran selalu...

p/s semoga kita dijauhi dr perkara2 yg tidak diingini...

8 comments:

  1. Uihh tajamnya penglihatan, aina pun tak nampak. Bila diberitahu baru perasan. Semoga dijauhkan dr gangguan spt ni... :)

    ReplyDelete
  2. tak nmpk sgt la...ta berani nk tgk betul2..huhu

    ReplyDelete
  3. Kakak tak nampaklah Mas.
    Cuba dok perhati still tak dpt lihat entiti yg dimaksudkan.

    ReplyDelete
  4. yelah mama,tempat legoland tu dulu pun tempat jin bertendang orang kata,kekadang ada jugaklah sesuatu tu datang mengusik..seram la kalau saya sorang kat situ.

    ReplyDelete
  5. zikir selalu membesarkan Allah..berhati2 selalu, seram ..

    ReplyDelete

DUIT TABUNG