JIRAN TETANGGA

Thursday, October 8, 2015

Resepi Pagi Ini Dengan Mee Hoon Sup Simple

ASALAMUALAIKUM...

Alhamdullilah !! baru lepas sarapan pagi..tiada yang specialnya hanya buat sarapan mee hoon sup simple saja...sup semalam ada lebihnya jadi tambahkan sedikit perencah dan sayur maka jadilah mee hoon sup simple untuk sarapan hari ini...kat bawah ni ada resepi mudahnya..pada kawan-kawan yang nak tahu resepinya boleh mencuba nanti...

bahan-bahannya...
mee hoon,perencah sup
bunga kobis,sawi (hari ni mama tak letak)
daun sup,hirisan daging kalau ada
karot,bawang goreng
sedikit garam n perasa

Cara-cara memasak..
1-Tumiskan bawang putih sehingga garing..kemudian masukkan air dan perencah sup..
2-Masukkan sayur karot,bunga kobis dan daging..biarkan mendidih sekejap..masukkan garam dan perasa secukup rasa..
3-Akhir sekali masukkan mee hoo dalam mangkuk dan tuangkan kuah sup ke atasnya...hiaskan dengan daun sup,bawang goreng dan hirisan daging...kalau suka pedas boleh letakkan sambal kicap hitam...lagi powerlah rasanya...mee hoon sup simple siap untuk dihidangkan..
selamat mencuba dan selamat menjamu selera kawan-kawan...


7 comments:

  1. Alahaiiii sedapnya tengok meehoon sup mama nih...

    ReplyDelete
  2. namanya simple.. tp nampaknya mcm mengiurkan perut yg tgh lapar ni, hahaha~

    ReplyDelete
  3. mee hoon kalau banyak sayur & lauk mesti sedap..lapar laa pulak

    ReplyDelete
  4. Sifu..Maszul..tahniah top one di laman Mia..terbaik..kunjungi laman Etuza jga ya..

    ReplyDelete

DUIT TABUNG