JIRAN TETANGGA

Tuesday, October 20, 2015

Resepi Nasi Goreng Cili Kering Kasar-Kasar

ASSALAMUALAIKUM...

Sarapan pagi ni mama hidangkan nasi goreng yang simple tapi sedap untuk family...salah satu feveret cucu mama si Awisy tu...memang suka sangat makan nasi goreng...pada kawan-kawan yang nak mencuba resepi nasi goreng simple ni bolehlah mencubanya sendiri yer...jom kita tengok resepi nya di bawah ni...

Bahan-bahannya...
Nasi semalam / nasi baru dimasak (kena tunggu sejuk dulu)
cili padi(kalau tak letak pun boleh),cili kering sikit (rendam sekejap)
bawang merah,ikan bilis
garam dan serbuk perasa

Cara memasaknya...
1-Nasi gaulkan /hancurkan terlebih dahulu..letak tepi..
2-Ambil cili padi,cili kering ,bawang merah dan ikan bilis..tumbukkan semua bahan tadi separuh kasar..
3-Panaskan minyak dalam kuali..tumiskan bahan tumbuk tadi ke dalam kuali..biarkan ianya sehingga betul-betul garing..
4-Masukkan garam dan serbuk perasa ..gaulkan rencah dan perasa sehingga sebati..takut ada garam yang tak hancur nanti..dan akhirnya masukkan nasi yang telah dihancurkan tadi..
5-Gaulkan nasi tadi sehingga sebati...balik-balikkan nasi goreng itu sehingga betul-betul garing...bila dah siap bolehlah ditutup api dan boleh dihidangkan..untuk hiasan bolehlah letakkan bawang goreng dan daun sup...kalau nak tambah bahan yang lain pun boleh..ikut cita rasa kita..
Selamat mencuba resepi nasi goreng simple ni yer...


8 comments:

  1. sedapnya macam masakan mak2
    terus rindu my mom

    ReplyDelete
  2. Kakak kalau dah buntu nak bawakan bekal anak apa utk ke sekolah nasi gorenglah salah satu penyelamatnya. Tapi tak pernah buat tumbuk kasar macam ini. Lain kali kakak cubalah..

    ReplyDelete
  3. makan panas-panas sedap tu kak. pedas-pedas. hehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya..kalo Kat kg tu hari2 bfast nasi goreng

    ReplyDelete
  5. yum yum.. memang sedap.. lagi2 dimakan panas2..
    salam kenal. blogger lama yg sepi kembali buat rajin.. hihi

    ReplyDelete
  6. nasi goreng sempoi tapi sedap tu

    ReplyDelete

DUIT TABUNG