JIRAN TETANGGA

Thursday, October 1, 2015

Resepi Berpantang Ikan Kisi Masak Asam Lada Hitam

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ini anak mama dah boleh keluar hospital...senang sedikit dah tak payah nak ulang alik dari rumah ke hospital lagi...makan minum senang di rumah di bawah jagaan mama jer...mulalah memikirkan menu makanan untuk orang dalam berpantang ni...hari ni mama masak asam ikan kisi lada hitam jer...jom kita tengok resepi berpantang ni...

Bahan-bahan...
ikan kisi,kunyit hidup,halia,lada hitam
bawang merah,daun kunyit,serai (hari ni tak ada pula)
air asam jawa,asam keping,
garam dan serbuk perasa

Cara memasaknya...
1- Bersihkan ikan kisi dan letak di tepi dulu...kita sediakan bahan untuk kuahnya..
2-Kunyit hidup,halia,lada hitam,bawang merah dihiriskan atau ditumbuk saja...dah lumat masukkan ke dalam periuk..
3-Masukkan air asam jawa,asam keping,serai yang dititikan,daun kunyit ke dalamnya dan biarkan didih sekejap...
4-Masukkan ikan,garam dan serbuk perasa secukup rasa...biarkan sekejap bila ikan dah masak bolehlah dihidangkan bersama nasi yang panas...

Ada juga yang tak lalu nak makan menu lauk masa berpantang ni..jadi bila ada orang yang di rumah yang berpantang memanglah kena makan juga walaupun tak suka...anak mama memang seronok dapat makan lauk orang berpantang ni..memang cara berdiet yang betul katanya..kalau tak bersalin memang susah sangat nak memakannya...jadi pada yang suka menu orang dalam berpantang ini bolehlah mencuba memasak di rumah sendiri yer...selamat mencuba...

p/s hari kedua 2 berpantang..

6 comments:

  1. terliur pulak tengok masakan mama ni..:)

    ReplyDelete
  2. mama sebenarnya sesekali makan semula menu berpantang ni sedap juga kan hihi :)

    ReplyDelete
  3. Mcm sedap aje resepi ni...nanti boleh la.cuba

    ReplyDelete

DUIT TABUNG