JIRAN TETANGGA

Tuesday, June 30, 2015

Dugaan Berpuasa Tahun Ini

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Inilah dugaan yang paling mencabar di dalam bulan Ramadhan tahun ini..seorang demi seorang di dalam rumah mama dijangkiti demam panas yang melampau...lepas cucu menantu pula demam..menjangkit pula ke anak-anak mama , hubby dan akhirnya mama sendiri pula yang terlantar...memandangkan mama ni sememangnya allegik ubat, jumpa doktor pun doktor masih tiada ubat untuk yang allegik macam mama ni...hanya boleh dilakukan minumkan vitamin C dan perlu mandi sekerap mungkin..disebabkan tiada ubat untuk buat demam panas mama ni kebah peluang nak baik kena ambil masa sedikit..hari ini dah masuk hari yang ke 4 demam masih tak kebah-kebah juga...digagahkan juga jari jemari ni menaip butiran cerita untuk tatapan kawan-kawan di alam maya ni walaupun tiada yang peduli...

Inilah vitamin C yang perlu dihabiskan...


Dah lah demam ditambahkan lagi dengan batuk memang bertambahlah kesakitannya...banyak ubat batuk dah dimakan tapi batuk masih tak juga mahu hilang..hambamu ini tetap berhubarb dengan dugaan kesakitan dari Mu Ya Allah...hanya padaNya yang maha mengetahui segala-galanya...selalu diberikan kesihatan yang sempurna tapi kali ini redha lah dengan dugaan kesakitan dari Mu ini...Kau yang memberikan penyakit ini dan hanya Engkau jua yang mampu memulihkannya...


P/s puasa hari keberapa pun dah lupa...

8 comments:

  1. semoga semuanya kembali sihat seperti biasa yer mama....

    ReplyDelete
  2. faktor cuaca kering juga menyumbang mama, semoga mama sekeluarga cepat2 sembuh ye, amin.

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh. selain vita c, elok juga amalkan vitamin/suplemen yang tingkatkan sistem imun.
    boleh juga banyakkan selawat syifa :)

    ReplyDelete
  4. Moga mama cepat sembuh.
    Wina datang singgah.

    -wina1979-

    ReplyDelete

DUIT TABUNG