JIRAN TETANGGA

Monday, May 25, 2015

Resepi Telur Kari Berkentang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


Hari ni nak tunjuk resepi yang senang dan simple juga...masakan orang kampung ni memang kekadang senang dan simple jer nak diikutkan...mana yang susah kita senangkan yer dak..telur kari berkentang ni memang senang untuk dimasak...kalau nak tengok jom kita ke dapur mama yer...

Bahan-bahan yang diperlukan..
telur yang telah direbus
rempah kari,kentang,halia
bawang putih,bawang besar
kulit kayu manis,bunga lawang
cili merah,cili hijau
garam dan serbuk perasa

Cara memasaknya...
1-Rebus telur dahulu...dah masak kupas kulitnya...
2-Ambil halia,bawang putih,bawang merah tumbuk hingga lumat...sedikit hirisan bawang merah untuk menumis rempah nanti...
3-Panaskan minyak tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang,hirisan bawang dan rencah yang telah ditumbuk tadi...
4-Biarkan sehingga garing dan naik baunya...kacau jangan biarkan hangus...
5-Bila rencah dah garing masukkan air ke dalamnya...ikut banyak mana kuah yang diperlukan...
6-Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa...biarkan kuah didih sekejap dan akhirnya masukkan telur yang telah direbus tadi...masak sehingga pekat...
7-Akhir sekali masukkan cili merah dan cili hijau ke dalam kuah biarkan sekejap...bila dah masak bolehlah ditutup apinya...kari telur berkentang boleh dihidangkan bersama nasi panas,ikan masin dan sambal belacan..selamat mencuba yer...

p/s kari yang mama masak selalunya memang tak gunakan santan yer..


9 comments:

  1. Singgah pagi...
    Seronok tgk orang lain post resepi²...:)

    ReplyDelete
  2. Tak lama lagi resepi ini akan ada di rumah kakak tau sebab dah mula musim org kawen mesti dpt telur banyak...

    ReplyDelete
  3. Oh mama please stop up gambar telur..kari telur ni pun kesukaan..huwaaa

    ReplyDelete
  4. macam best je ni ... nak cuba jugak ni,.,,, macam da kehabisan menu pulak sejak akhir2 ni...

    ReplyDelete
  5. sedap ni..kalau makan dengan sambal belacan! fuhhhh....
    tak toleh kiri kanan! hihi...
    Singgah blogwalking :)

    Nak free vitamin tak?
    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html

    ReplyDelete

DUIT TABUNG