JIRAN TETANGGA

Tuesday, May 5, 2015

Kenduri Kawin Dapat Jumpa Teman Lama

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


Pada hari Sabtu lepas mama dan keluarga ke Melaka dan Muar...ada 2 majlis kenduri kawin yang terpaksa mama hadiri...satu majlis kawin adalah majlis kawin kawan anak mama di Melaka dan satu lagi adalah majlis kenduri kawin sebelah besan mama sendiri...pada masa musim cuti beginilah memang ramai yang mengadakan majlis kenduri kawin ini...


Kebetulan majlis kenduri kawin besan mama di Muar tu rumahnya memang berdekatan dengan rumah kawan lama mama ini...maka sudah kemestiannya singgah sekejap melawat kawan baik mama ini...



sememangnya kami sudah lama tidak bersua muka...teringat masa zaman kanak-kanak dulu...inilah teman baik mama sejak dari kecil lagi..bila dah lama tidak berjumpa memang banyaklah cerita-cerita menarik dapat dibualkan bersama-sama...seronok rasanya dapat berjumpa dan berbual bersama-sama walaupun hanya sekejap saja..


Bila keadaan sudah beransur petang kami sekeluarga pun mula beredar pulang ke Johor Baharu semula...


p/s mengimbau kenangan lama bersama-sama...kawan baik selamanya...


5 comments:

  1. salam kak.. sonok nye dpt jumpe member lame balik kan.. mesti bnyk bende nak sembang..ase cm xckup mase hehe... btw jemput singgah segmen newbie sy kak.. baru nak aktif blogging :)

    http://eyrasaharuddin.blogspot.com/2015/05/newbie-blogwalking-2015-by-eyra-saha.html

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi....
    seronok kan..klu dapat jumpa kawan² lama semulaaa...:)

    ReplyDelete
  3. Untung orang yg suka eratkan silaturrahim..😊

    ReplyDelete
  4. semoga ukhwah terus bertali sehingga ke akhirnya..

    ReplyDelete

DUIT TABUNG