JIRAN TETANGGA

Sunday, March 15, 2015

Tukar Tayar Terus Basuh Kereta

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni ikut hubby pergi ke kedai tayar...memang kena tukar juga tayar depan yang dah botak tu...kebetulan minggu depan hubby terpaksa ke KL sebab ada meeting jadi bahaya kalau bawa kereta dalam keadaan tayar yang dah botak ni...mulanya nak cari tayar secondhand jer almaklumlah tengah bulan mengambang ni..tapi bila dah sampai kedai tayar tu lain pula halnya..

chit chat dengan tokey kedai tu terus hubby tukar dengan tayar yang baru juga...baru tak lah baru tayarnya kiranya tayar secondhand juga tapi disebabkan tayar tu baru seminggu digunakan oleh tuannya kiranya masih baru juga la tayar tu...kebetulannya ada seorang budak muda baru seminggu keluar kereta baru dan dia hendak menukar rim ke saiz yang lebih besar jadi tayar yang tu tidak boleh digunakan lagi...jadi budak tu terus jual tayar kereta tu...kiranya hubby dapat tayar baru la ni dengan harga yang murah jer...rezeki juga tu daripada terpaksa membeli tayar yang baru dengan harga yang mahal tapi dapat tayar baru dengan harga yang murah sekali...


Bila dah siap ditukarkan tayarnya barulah seronok nak mandikan kereta ni...terus jer singgah ke kedai cuci kereta..balik rumah nanti tak payah la nak susah payah cuci kereta lagi... kereta pun dah bersih badan pun tak letih...

4 comments:

  1. Syok la dia dimanjakan tuan dia...

    ReplyDelete
  2. oooo sang viva pun nak kena tukar tayar dah ni alahaiiii bulan kita pun dok mengambang lagi ni huuhuu

    ReplyDelete
  3. Salam. Hee harap2 tidak hujan selepas dimandikan kereta.

    ReplyDelete

DUIT TABUNG