JIRAN TETANGGA

Monday, March 16, 2015

Resepi Masak Lemak Cili Padi Daging Panggang Bernenas

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Masak lemak daging panggang atau bakar ni memang sedap sekali rasanya....kalau makan memang mak mentua lalu belakang pun tak sedar...melampaukan kalau makan macam tu orang lalu belakang pun tak peduli...bukan apakan terlampau kusyuk menikmati masakan yang sedap memang macam tu la kebiasaannya..okaylah hari ni mama nak kongsi dengan kawan-kawan semua resepi Masak Lemak Daging Panggang Bernenas...

Bahan-bahan yang perlu...
Daging panggang,cili api,santan,kunyit hidup
asam keping,serai,nenas,bawang merah
garam dan serbuk perasa

Cara memasaknya...
1- Kalau mama daging tu mama rebuskan dahulu kemudian barulah panggang sebab cepat masak dagingnya...dah panggang biarkan ke tepi dahulu...
2-Ambil cili api,kunyit hidup dan sebiji bawang merah kisarkan sehingga lumat...
3-Masukkan semua bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk...ambil serai yang telah dititik sedikit asam keping dan masukkan sekali...masukkan santan cair dan letak di atas dapur...
4-Biarkan kuah didih sedikit kemudian masukkan pula nenas dan daging yang telah disalai atau dipanggang tadi ke dalamnya...kacau-kacaukan kuahnya jangan sampai pecah minyak...
5-Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya...akhir sekali masukkan santan pekat ke dalamnya...kacau sedikit-sedikit sehingga masak...bila dah masak bolehlah tutup apinya..bolehlah dihidangkan masak lemak cili api daging panggang bernenas ini dengan nasi panas dan ikan masin...memang powerlah...okay kawan-kawan selamat mencuba yer..

4 comments:

  1. daging tu rebus dulu seketul macam tu ke? kecut tak saiz daging tu? saya pernah la panggang daging tu tanpa di rebus terlebih dahulu, kecut la plak... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam ....mama rebus daging tu besar2... lepas tu bila dah empuk hiris nipis2 nbesar dan salai atau panggangkn...

      Delete
  2. Ye ke?daging tak mengecut lepas salai atau panggang ek? Boleh la saya try buat lagi sekali lepas ni.hehehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam...bila kita dah rebus dan hiris daging tu... lepas tu panggang memang daging tu dah x akan mengecut lagi sbb air dlm daging tu dah keluar... tu yg bila dah rebus senang nak salainya...cuba la buat...:)

      Delete

DUIT TABUNG