JIRAN TETANGGA

Wednesday, March 11, 2015

Resepi Ikan Siakap Sweet Sour ( Masam Manis)

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Menu yang sedap dimakan seisi keluarga dan juga tetamu yang selalu berkunjung ke rumah...bolehlah nanti kawan-kawan mencuba memasak sendiri resepi ini yer...hari ni mama sharekan resepi Siakap Masam manis ini...

Bahan-bahannya...
Ikan siakap,bawang merah,halia,bawang putih
sos cili,sos tomato,sedikit sos tiram
gula,garam,serbuk perasa,serai,daun limau
daun sup untuk hiasan,minyak

Cara-cara memasaknya...
1- Bersihkan ikan dan lumur serbuk kunyit dan garam...gorengkan dalam minyak sehingga garing kekuningan...angkat dan toskan...
2-Tumis halis,bawang putihyang telah dihiris nipis juga masukkan serai dan daun limau...biarkan kekuningan sedikit dan kemudian masukkan sos tiram,sos tomato dan sos cili...
3-Kalau nak berkuah sedikit boleh tambah sedikit saja air ke dalamnya...masukkan garam,serbuk perasa dan gula sedikit ke dalam sos secukup rasa...
4-Bila sos dah masak bolehlah diangkat dan dituangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi...hiaskan dengan daun sup di atasnya...hidangan siap untuk disajikan bersamma nasi panas dan lauk yang lain juga...selamat mencuba semua...


4 comments:

  1. sedap ni mama. makan panas-panas kan :)

    ReplyDelete
  2. terliur pulak tgok sweet sour ni mama.. lama xbuat hihihi.
    *zaza klik duit tabung ;)

    ReplyDelete

DUIT TABUNG