JIRAN TETANGGA

Thursday, January 22, 2015

Resepi Kari Daging Tak Bersantan

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Resepi lagi ! tak apa kan kawan-kawan resepi yang selalu kita masak di rumah mama dok tayangkan kat sini...pada yang dah buntu nak masak apa cubalah resepi yang ada di dalam blog mama ni yer...search jer la yer....cewahhh macam terer jer tu ! konon nak jadi macam blogger masakan Cik Mat Gebu kita tu la pulak...tak apa la jadi hari ni mama nak share resepi Kari daging Tak Bersantan...jom tengok resepinya yer...

Bahan-bahannya...
Daging,kentang,santan
rempah kari,bawang merah,
halia,bawang putih,rempah 4 sekawan
garam dan serbuk perasa,sedikit air asam jawa
garam dan serbuk perasa
kalau suka boleh letak cili hidup

Cara-cara memasak...
1-Daging di potong dadu,dibasuh dan ditoskan dahulu...
2-Ambil bawang merah,halia dan bawang putih ditumbuk sehingga lumat...ambil sedikit bawang merah dan dihiris nipis..
3-Ambil rempah kari daging bancuhkan rempah kari dengan sedikit air sehingga cair sedikit..
4-Panaskan minyak dan tumiskan bawang hirisan dengan rempah 4 sekawan daun kari juga bahan yang telah ditumbuk lumat tadi...biarkan sehingga kekuningan dan naik bau...
5-Masukkan pula rempah kari daging yang telah dibancuh dengan air tadi ke dalamnya...kacaukan lagi rempah tumisan dan biarkan sehingga garing kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan biarkan sehingga rempah kari terbit minyak dan garing...
6-Bila dah terbit minyak masukkan daging ke dalamnya...letak air dan biarkan daging itu sehingga empuk... 
7-Bila daging sudah separuh empuk masukkan kentang pula ke dalamnya...biarkan lagi sehingga daging dan kentang empuk sepenuhnya...
8-Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya dan juga cili hidup yang telah dibelah dua..kalau kurang kuahnya tambahkan lagi sedikt air..sebab kari ini dimasak tanpa santan pleh itu kita hanya menggunkan air sahaja...
9-Akhir sekali tutup apinya dan kari daging siap untuk dihidangkan....
okay kawan-kawan selamat mencuba..


2 comments:

  1. sedapnya nampak kari mama tu ...cecah ngan lempeng lagi sodap...

    ReplyDelete
  2. wahh.. simple je ekk resepinya.. boleh try esok! hihi..

    ReplyDelete

DUIT TABUNG