29 December 2014

# Review Sky Screen

Skrin Angkasa Besar Tarikan Baru Bandaraya Johor Baharu

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pada warga Johor pasti dah tahu mengenai "Skrin Angkasa"(Sky Screen)yang terletak di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) di Jalan Ibrahim Sultan..skrin besar yang berada di atas ini telah jadi salah satu tarikan bu buat arpengunjung ke Bandar Johor Baharu...pada kawan-kawan yang belum tahu bolehlah ke Bandaraya Johor Baharu untuk melihat skrin angkasa ini yer...



Sepanjang 90 meter kali 20 meter Skrin Angkasa ini telah diletakkan di luar tanpa bumbung menjadikan MBJB yang pertama memasang skrin angkasa selain tarikan pintu gerbang, jata negara,air pancut berirama dan jam kristal menggunakan huruf Arab..ini adalah salah satu tarikan pengunjung datang ke Bandaraya Johor Baharu dan ianya juga adalah persiapan ke arah "Johor Baharu Bandar Raya Bertaraf Antarabangsa" (International City of Johor Baharu By 2020) menjelang tahun 2020 nanti...


Pengunjung boleh melihat lebih dekat Skrin Besar yang dipasang ini...terdapat juga lampu-lampu berwarna ada disini dan ianya lebih jadi menarik untuk para pengunjung bergambar...kalau tak dapat nak ke I-CITY melihat lampu-lampu yang berwarna-warni bolehlah juga datang ke sini yer...


Malam minggu memang ramai pengunjung datang ke sini...ada yang bergambar sambil berjimba bersama keluarga...mama jer malas nak cari parking kereta semalam kami hanya melintasi kawasan ini sambil mengambil gambar dari dalam kereta saja...




Pada kawan-kawan yang tinggal di sekitar kawasan Bandar Johor Baharu ini pasti jangan ketinggalan untuk datang berjimba bersama-sama keluarga di sini yer...


p/s menikmati pemandangan malam...

4 comments:

  1. wow..mnarik ni..meriah suasana malam kt JB..

    ReplyDelete
  2. alaaa rindunyerr.. rasa nak duk jb balik je.. mcm2 dah berubah JB ni heheh :)

    ReplyDelete
  3. wow.....macam cantik je....

    ReplyDelete
  4. Lawa tempat ni. Mesti tak lap lens sebelum snap ni. Teringin nak ke sini. =D

    ZH Blogger

    ReplyDelete