03 December 2014

# resepi masakan

Resepi Pankek Telur Ikan Duri

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Resepi ni arwah mentua mama yang rajin membuatnya dulu...bila dia dah tak ada rajin juga la buat sendiri bila terasa nak makan atau terjumpa telur ikan duri...jadi kali ni mama nak kongsikan resepinya bagaimana nak buat pankek telur ikan duri ni...



Bahan-bahannya ialah...
telur ikan duri,nasi putih
garam,serbuk perasa,
cili merah,bawang merah,daun sup,daun bawang dihiris nipis

Cara-cara membuatnya...
1-Blender telur ikan duri itu dulu bersama dengan nasi putih sehingga hancur..
2-Tuangkan telur yang sudah diblander tadi ke dalam mangkuk dan campurkan semua bahan hirisan tadi..gaulkan kesemuanya dan tambah garam dan serbuk perasa secukupnya..
3-Telur ikan tadi bolehlah di goreng seperti biasa..buat sedikit-sedikit dahulu jika tak suka terlalu tebal...bila dah masak balik-balik kan seperti kita menggoreng telur dadar...
4-Bila dah masak bolehlah diangkat dan dipotong-potong pankek telur ikan duri tadi...bolehlah dimakan begitu saja atau makan bersama nasi dan lauk yang lain...

Selamat mencuba kawan-kawan resepi simple dan sedap ni yer...


4 comments:

  1. wahhh telur ikan duri boleh buat pancake, menari ni mama...

    ReplyDelete
  2. wah! sedpnya..first time tgk resipi ni..

    ReplyDelete