JIRAN TETANGGA

Wednesday, December 31, 2014

Perlukah Jadi Blogger Yang Baik

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Sebagai seorang blogger ini bermacam-macam perkara perlu kita pertimbangkan baik dari segi perkara yang baik atau pun yang tak baiknya...jangan kerana kita dianggap sebagai seorang blogger kita boleh buat sesuka hati tanpa mengirakan perasaan blogger yang lain...setiap orang ada perasaan dan hati jadi jika kita mempunyai sikap atau nawaitu yang kurang elok akan terjadilah bermacam-macam perkara yang tidak elok akhirnya..

Perkara yang perlu dituliskan di dalam blog harus dari sesuatu perkara yang benar bukannya yang diada-adakan hanya untuk mendapatkan ranking atau nama di kalangan blogger yang lain...tetapkanlah pendirian kita sebagai blogger yang bersih dari sesuatu perkara yang tidak elok..blogger adalah satu kerjaya yang semakin mendapat perhatian sekarang ini...dulu mungkin boleh dikatakan blogger hanya menulis sesuatu hanya untuk suka-suka atau untuk tatapan sendiri tapi sekarang banyak juga blogger-blogger yang telah mendapat tawaran yang bagus melebihi dari orang yang bekerja...

Bila kita dah dikenali eloklah dijaga semua perilaku dan tata tertib sebagai seorang blogger yang baik...itu semua haruslah dikekalkan selamanya agar nama blogger akan mendapat perhatian di mata umum...orang akan terus menghargai kita walaupun tanpa kita pinta...tak kiralah dalam apa jua yang kita lakukan...kekalkanlah nama sebagai blogger yang begitu disenangi dan dikenali dikalangan blogger-blogger yang lain...itu pun sudah cukup bererti pada seorang blogger...nama blog pun akan jadi ingatan pada semua blogger yang baru walaupun belum pernah mengenali siapa penulisnya yang sebenarnya....



p/s harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama...

2 comments:

  1. Betul tu Mama, sebagai seorang blogger cerminan kita dilihat setiap pembaca. pembaca datang dengan pelbagai minded dan persepsi. moga semuanya baik-baik! :)

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat mama..nasihat yg baik.

    ReplyDelete

DUIT TABUNG