30 December 2014

# moral

Pemandu Warga Singapura Kurang Berhemah

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Suka sangat bila dengar warga asing akan dikenakan kadar bayaran untuk kereta yang masuk ke negara kita...bagus juga sebenarnya diadakan kadar bayaran yang patut pada pengguna kereta warga Singapura di Malaysia...mama memang sokong sangat tentang diadakan kadar bayaran pada kereta warga Singapura yang masuk dan datang ke Malaysia seperti yang dilakukan di Singapura...sepatutnya kadar bayaran tu kenalah setimpal dengan masa dan berapa lama masa berada di negara kita...

Di Johor ini memang dah berlambak-lambak kereta dari warganegara Singapura masuk ke sini...kekadang pemandu kereta warga Singapura ini memang amat menyusahkan kita sebagai warganegara Malaysia...potong ikut suka..nak masuk jalan ke mana-mana simpang pun tak kira ada kereta ke tidak main ikut suka dia jer nak masuk...tak reti pulak tu nak bagi signal...kita sebagai pemandu warga Malaysia ni pula yang mengalah...seolah-oleh macam negara mereka sendiri pulak dibuatnya...


apa-apa pun hormatlah kita sebagai warga negara Malaysia...dah la awak tu menumpang lalu kat jalanraya di Malaysia tapi nak berlagak pula masuk ke Malaysia ni...bila berada di negara mereka sendiri tahu pulak ikut peraturan yang telah ditetapkan...disebabkan negara Singapura ketat peraturan jalan rayanya jadi mereka sesuka hati nak buat onar kat negara orang pulak... 

Pada warganegara Singapura yang berada di Malaysia janganlah nak buat sesuka hati mereka jer ! kat Malaysia pun ada undang-undang juga jadi tak perlulah nak buat perkara yang bukan-bukan bila berada di sini...kalau nak memandu kereta tu ikutlah peraturan walaupun berada di negara orang lain...hormatlah juga pemandu kereta yang lain juga...ikutlah peraturan yang sedia ada...jangan jadikan negara orang lain macam negara awak sendiri pulak...

p/s warga Singapura berhemahlah memandu di Malaysia...

2 comments:

  1. Uishh..membahayakan pengguna lain..memang patut kenekan tindakan

    ReplyDelete
  2. kalau jalan nampk kete singpore bawa cam tak de sekolah.mcm jalan dia punye mama.walhal klu kita nih pendatang negara dia bukan main hormat lagik kan :)

    ReplyDelete