JIRAN TETANGGA

Wednesday, December 31, 2014

Al-Fatihah Buar Arwah Afandi Awang

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Terkejut dengan berita yang baru mama terima dari teman di facebook...suami kawan baik mama baru saja meninggal dunia pada pukul 2 pagi tadi...sebelum ini mama ada juga berwhatsaap dengan beliau bertanya tentang keadaan kesihatan suaminya...beliau berkata doktor masih lagi belum membuat keputusan tapi yang pastinya suami kawan mama itu telah menghidap kanser hati...

Terkejut juga dengan berita yang baru mama terima ini tadi...tak sangka kedatangan mereka sekeluarga ke rumah mama tempohari adalah yang terakhir rupa-rupanya...jika nak lihat dan tahu cerita seterusnya kawan-kawan boleh ke entri ini...

Al-fatihah buat arwah Afandi Bin Awang semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman aamin...


p/s x sempat nak pi melawat di Muar..In sha Allah hujung minggu...

1 comment:

  1. al-Fatihah. Moga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

    ReplyDelete

DUIT TABUNG