18 November 2014

# info sejarah

Wajah Kebanggaan Orang Muar 2

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


WAJAH KEBANGGAAN ORANG MUAR

Mohd Nizam Abdul Razak atau Nizam Razak dilahirkan di Muar ialah merupakan pengasas bersama, pemilik dan pengarah pengurusan Animonsta Studios Sdn Bhd, syarikat animasi yang menerbitkan siri animasi BoBoiBoy, semenjak syarikat tersebut ditubuhkan pada tahun 2009. Dahulunya, beliau merupakan pengarah eksekutif Les' Copaque Production.

Selaku siswazah Universiti Multimedia, Nizam mula-mula menceburi bidang animasi dengan menyertai sebuah studio animasi di Damansara bersama Safwan Abd Karim sekitar tahun 2005, tetapi tidak lama kemudian mereka berdua meletak jawatan dan berjumpa dengan seorang bekas usahawan petrol, Burhanuddin Radzi, untuk membuka sebuah studio animasi baru, iaitu Les' Copaque Production. Sepanjang kerjayanya di Les' Copaque, Nizam Razak memegang peranan sebagai pengarah siri Upin & Ipin dan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang berjaya mendapat sambutan hangat rakyat Malaysia.

Akan tetapi, pada pertengahan tahun 2009, Nizam dan Safwan bersama beberapa orang lagi teman di Les' Copaque meninggalkan studio itu untuk membentuk satu lagi studio animasi baru, iaitu Animonsta Studios, dan menerbitkan siri BoBoiBoy. Nizam tidak ketinggalan meminjamkan suaranya kepada beberapa watak dalam siri animasi ini.

Sempena sambutan Hari Malaysia 2011, Nizam dipilih sebagai Tokoh Negara atas sumbangannya kepada industri daya cipta dan multimedia Malaysia.

Sumber info...


3 comments:

  1. orang johor rupanya... hihi :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    tumpang syukur dan bangga atas kejayaannya :)

    ReplyDelete