25 November 2014

# family.cerita

Terpaksa Juga Di Potong

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Pokok turi yang kat depan rumah mama ni sudah tinggi menjulang nampaknya...terlampau besar untuk dipetik daunnya lagi...ni yang buat hati nak suruh hubby potong jer terus...memang harus di potong juga dan biarkan pokok ini mengeluarkan pucuk turi yang baru nanti...mula-mula nak trim jer tapi bila fikir-fikirkan eloklah dipotong terus jer...dulu dah trim sekali tapi masih tetap membesar jadinya..nak tahu ceritanya tekan sini...


Ayah dan menantu bergotong royong memotong dan membersihkan dahan-dahan pokok turi yang sudah siap dipotong itu..satu persatu dahan dapat dipotong dengan perlahan-lahan..


Tiga dahan sudah dipotong hanya tinggal lagi sebatang dahannya saja...berhenti minum dan rehat sekejap...


Akhirnya siap juga proses pemotongan dahan-dahan pokok turi yang dah besar panjang tu...terasa lapang bila memandang ke sini...tiada lagi daun-daun dan bunga-bunga turi bertaburan di kawasan ini lagi...kalau tidak memang banyak daun-daun dan bunga turi ni jatuh ke bumi...tak ada lah nak kerap menyapu di bawah kawasan pokok turi ini...

p/s bila la nak berkebun lagi..

2 comments:

  1. mama kalau pucuk turi ni mak ana selalu masak lemak putih dengan kerang.. sayang juga kan nak potong tapi yelah dah tinggi sangatpun dah tak boleh nak ambil pucuknya.. :)

    ReplyDelete
  2. ooo, pokok turi ke tu? Boleh tinggi macam tu rupanya, saya ni tak kenal pokok turi, biasa beli kat pasar je, tu pun jarang2

    ReplyDelete