06 November 2014

# info

Buli !! Ada Lagi Kes Ke?

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila tengok video ada kes buli kat asrama sekolah rasa geram pulak hati ini...walaupun kes penderaan ini dah pun berlaku pada bulan 6 lepas tapi baru sekarang video kes penderaan ini boleh dilihat oleh semua rakyat Malaysia....masih ada lagi ke kes-kes buli kat sekolah macam ni...mana la letaknya cara pemikiran budak-budak ini...kalau ada masalah tu kan lebih elok dibawa ke pihak yang berkenaan...janganlah melakukan ikut undang-undang sendiri...

Perangai mereka yang macam ni memang buat malu mak bapak dan juga nama sekolah itu kalau dah berperangai macam ni...kalau salah pun kan masih ada guru atau guru besar kat sekolah...bagitahulah mereka jangan buat tindakan sendiri...negara kitakan ada undang-undang biarlah diselesaikan dengan cara yang betul...pihak sekolah pun sepatutnya tidak boleh meletakkan pelajar-pelajar yang berlainan usia dan umur dalam satu dorm...mereka sepatutnya diasingkan dari setiap peringkat kelas lagi...oleh itu tiadalah masalah kes buli pelajar lama pada pelajar yang baru...

Kesian dengan mereka malu dengan orang itu sudah pasti, dengan keluarga,saudara mara lagi...entahlah tak tahu nak cakap macam mana lagi...bagimanakah pemikiran anak-anak ini sanggup melakukan perkara-perkara yang boleh memalukan ibu bapa dan keluarga mereka hukuman itu sudah pasti akan dilalui oleh mereka yang telah melakukannya....buruk nama buruk masa depan jadinya...

Bila dah berlaku perkara2 macam ni pasti ramai ibubapa yang takut nak menghantar anak -anak mereka ke sekolah berasrama walaupun sekolah itu dikategorikan sebagai sekolah yang baik...wahai anak-anak !! sekolah adalah tempat menimba ilmu bukanya tempat nak membuli orang lain....kesian mak bapak mereka berhabis duit untuk bagi ilmu pada anak-anak tapi sayangnya anak-anak tak tahu menilaikannya....

P/ s mood marah dengan sikap anak-anak sekarang ini...


9 comments:

  1. saya juga marah sangat mama
    ni yang buat rasa takut nak menghantar ke asrama
    bayangkan ada yang berlagak gangster camni
    adeh, tak boleh bayangkan

    ReplyDelete
  2. dulu pun ada kes buli ni.... cuma HP tak canggih nak rakam.

    ReplyDelete
  3. Kita yg ada anak duduk asrama kalau tengok kes ini memang seriau dibuatnya..

    ReplyDelete
  4. ini baru kat sekolah, kat peringkat uni pon ada kes ragging lagi.. xtaw la minded apa diorang ni..

    ReplyDelete
  5. salam mama..sedih ada..geram ada ..tgk perlakuan anak anak zaman skrg yg berlagak nak jd gangster

    ReplyDelete
  6. Saya tgk video tu pun geram,rasa nak tlg aje budak yg kena buli tu...

    ReplyDelete
  7. Tak sanggup saya nak tgk video tu mama. Kesian kat budak yg kena buli tu. Rasa mcm takut plak nak hantar anak masuk asrama.

    ReplyDelete