31 October 2014

# info sejarah

Asal Usul Nama PAGOH MUAR

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


ASAL USUL PAGOH

Pagoh yang bermaksud ‘bagus’ mengikut Bahasa Melayu Tua telah dibuka oleh Dato’ Bendahara Wan Sulaiman dari Kota Tinggi pada tahun 1707.

Penduduk asalnya terdiri daripada orang Jawa, Minangkabau dan Bugis. Pagoh adalah asas penempatan kawasan hulu Muar dengan beberapa kesan sejarah silam yang menjadikan Sungai Muar sebagai penghubung utama dengan Empayar Kerajaan Melayu Melaka.

Pagoh merupakan satu tempat terpenting yang mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan Empayar Melayu Melaka. Lokasinya yang terletak di pinggir sungai terdapat sebuah kubu yang terletak di Kuala Sungai Pagoh merupakan kubu terakhir angkatan Melaka apabila diserang oleh Portugis pada tahun 1511. Terdapat sebuah lagi kubu yang dipanggil Kubu Malini di satu kawasan tidak jauh dari kubu tersebut.

Terdapat sebuah perkuburan di kawasan ini yang dikenali dengan pusara Pahlawan Mat Berani yang dikatakan salah seorang pahlawan Melayu dari negeri Pahang yang datang membantu angkatan Sultan Melaka bagi mempertahankan kawasan ini, tetapi telah kecundang dan telah dikuburkan di situ.

Makam Sultan Alauddin Riayat Shah (I) terletak dipinggir Sungai Pagoh. Baginda telah dimakamkan bersama adindanya yang terkenal iaitu Almarhum Berdarah Putih. Kedua-duanya mangkat di situ dan dimakamkan di tanah perkuburan kawasan Masjid Jamek Kampung Raja.

Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah (I) telah memerintah Melaka 1477-1488, merupakan salah seorang raja yang tegas menjalankan tugasnya dan baginda sendiri dikatakan berkawal menghapuskan perompak lanun yang mengganas di Melaka semasa pemerintahannya.

Satu batu peringatan telah dibina oleh pihak Muzium Negara untuk merasmikan makam ini dalam satu upacara penuh istiadat pada 24 Disember 1971.



2 comments: