04 May 2014

# mak ayah

Melawat Abah Di Hospital...

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Tengahari tadi kami telah ke Hospital Sultan Ismail Johor Baharu untuk melawat ayahanda yang sedang sakit...semalam abah telah ditahan diwad untuk rawatan selanjutnya...doktor yang merawat abah menyatakan bahawa abah mengalami sakit paru-paru berair...tak sempat nak ambil gambar abah tadi..leka dok berbual bersama..

Tengahari tadi abah telah diambil darah untuk diuji untuk menentukan tiada penyakit yang membahayakan lagi...eloklah abah berehat di hospital untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku...kami semua mendoakan agar abah cepat pulih kembali dan dapat menjalani rutin harian seperti biasa...

p/s sempat juga buatkan abah bubur ayam dan bawa ke hospital tadi...


5 comments:

  1. semoga abah cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Moga ayahanda cepat sembuh ye mama..

    ReplyDelete
  3. ada bubur ayam untuk abah -- best Mama - semoga ayah cepat sembuh

    ReplyDelete