18 March 2014

# resepi masakan

Resepi Masak Lemak Turi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Inilah menu masakan mama pada hari Ahad lepas...pucuk turinya mama ambil dari depan rumah jer...inilah hasilnya bila berbudi pada tanah dapat juga dimakan pucuknya dan buat menu masakan tapi sayangnya pokok turi ni dah semakin membesar...bila la agaknya hubby nak mencantas sedikit supaya boleh tumbuh pucuk-pucuk yang baru semula...okay la kita tengok resepi masak lemak turi ni yer...

bahannya:
pucuk turi,santan,udang kering,bawang merah,dan serbuk kunyit sedikit,garam dan serbuk perasa..

Cara memasaknya memang senang dan simple...
kita ambil udang kering,bawang merah kalau nak pedas sedikit boleh tambah cili api dan ditumbuk semua bahan ini...dah siap masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk letakkan santan cair sedikit dulu kalau nak boleh letakkan keledek pun sedap...mama tak letak sebab lupa nak beli keledek tu...

masukkan pucuk turi ke dalam periuk dan sedikit serbuk kunyit nak bagi kuning sedikit kuahnya...kacau perlahan-lahan bila dah mendidih sedikit masukkan santan pekat kacau dan tambahkan garam juga serbuk perasa...akhirnya bila dah cukup rasanya bolehlah dihidangkan bersama sambal belacan dan ikan goreng bersama nasi panas...
selamat mencuba kawan-kawan semua...

6 comments:

  1. pucuk turi?
    mcm 1st time pula shark dngar..
    hehe..
    tp tgk pada gambar cm pernah makan.
    shark tau makan jer ;p

    ReplyDelete
  2. ni antara menu feveret saya. hehee

    ReplyDelete
  3. sedapnya mama :)
    tq sharing resepi dia mna tau nk buat blh rujuk mama :)

    ReplyDelete
  4. salah satu feverate zara jgk ni.. nyummy ! tgk ni.. rindu pulak ngan air tgn mak.. huhu.. Zara bole masak tp xlawan masakan mak.. ~.~

    ReplyDelete