08 March 2014

# resepi masakan

Resepi Daging Black Paper

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Bila dah ada stok daging dalam peti ais anak mama yang bongsu ni suka suruh maknya masakkan lauk kegemarannya ini...kekadang tu boring juga asyik nak masak lauk yang sama tapi dek kerana dah menjadi kesukaan anak-anak dan hubby maknya ni sanggup masakkan apa saja...ibu mana yang tak gembira bila lauk yang dimasak sendiri menjadi kesukaan familynya...

oleh itu kawan-kawan rajin-rajinkanlah diri kita menyediakan lauk kegemaran anak-anak dan suami kerana air tangan seorang isteri dan ibu itulah yang akan menjadi pengikat kasih sayang di dalam rumahtangga kita...alamak panjang pula mama ni membebel jomlah kita lihat resepi yang mama nak sediakan hari ini yer...

bahan-bahannya : daging,kicap pekat,kicap cair,sos tiram,serbuk lada hitam,cili api/cili hidup,bawang besar,bawang putih,halia,garam dan serbuk perasa untuk hiasan daun sop/daun bawang.

Cara memasaknya : mula-mula rebuskan daging hingga empuk,kalau guna daging yang lembut tak payah rebus pun boleh...bila daging dah lembut hiriskan nipis-nipis kemudian perapkan sekejap dengan kicap pekat dan kicap cair..tujuannya nak nampakkan daging tu gelap sedikit...

Selepas tu tumis bawang dan halia sekejap bila dah naik bau masukkan bawang besar dan cili yang telah dihiris-hiris terlebih dahulu...masukkan sos tiram,kicap pekat dan kicap cair kemudian masukkan hirisan daging yang telah diperap tadi kedalamnya...masukkan garam serbuk perasa dan serbuk lada hitam...gaulkan kesemuanya sehingga sebati...

Bubuh garam dan serbuk perasa mengikut kesuaian rasanya yer ! garam pula jangan bubuh terbanyak pula sebab sos tiram tu dah cukup masin...akhirnya daging lada hitam / black paper siap untuk dihidangkan... taburkan dengan hirisan bawang besar dan daun sup atau daun bawang untuk hiasannya...okay itu saja resepi yang simple dan senang buat kawan-kawan mencubanya yer...selamat mencuba...

3 comments:

  1. sedap2..feveret iman dging.yum3

    ReplyDelete
  2. Fuhh.. sedap... memang menyelerakan buat hidangan hujung minggu ni.. :)

    ReplyDelete
  3. Feberate bab daging trutama kambeng =D

    ReplyDelete