18 February 2014

# resepi masakan

Resepi Ketam Masak Lemak

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


hari ni mama nak kongsikan bersama kawan-kawan resepi ketam masak lemak...salah satu resepi yang senang dan sedap...kat rumah mama ni kalau sebut nak masak ketam mesti anak-anak mama yang suka sesangat...okay kita tengok bahan dan cara nak memasaknya...

bahan yang perlu ada adalah ketam,santan,serai/daun kunyit,kunyit hidup,cili api,bawang merah,asam keping,garam dan serbuk perasa.

cara nak masak senang jer ambil cili api,kunyit hidup,bawang merah dan tumbuk kesemuanya..bila dah hancur masukkan ke dalam periuk masukkan sekali asam keping,serai/daun kunyit dan bubuh santan cair dahulu...letakkan periuk di atas dapur dan biarkan sekejap selepas tu masukkan ketam yang sudah siap disiang..

biarkan sehingga ketam masak masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa...akhir sekali masukkan santan pekat dan biarkan sekejap hingga mengelegak kacau kuahnya dan jangan biarkan sampai santan tu keluar minyak yer...bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama-sama nasi panas dan ikan masin...selamat mencuba kawan-kawan...

14 comments:

  1. salam mama,menyelerakan betul kan..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak masz, wahhh makruh tengok ni. hehee harini sheila puasa ganti.. hihi. thanks kongsi resepi. sheila paling fail nak buat masak lemak ni. kadang tu menjadi, kadang tidak. haaa tension tau, memasak macam tak konsisten T____________T

    ReplyDelete
  3. sedapnya mama..lama dah sya xmkn ketam..

    ReplyDelete
  4. Lama dah xmakan ketam... yummy

    ReplyDelete
  5. tgk resepi ni, baru teringat dah lama tak makan ketam masak lemak...:)

    ReplyDelete
  6. masak lemak cili padi tau tapi masak lemak ketam ni tak tau... kira cam sama je instructionnya..

    ReplyDelete
  7. ketam tu feberet kita tau..hehe

    ReplyDelete
  8. terliur dah ni mama
    nak kena p pancing ketam cepat2^^


    : Penawar Diabetes Semulajadi

    ReplyDelete
  9. sedap2..tb pon baru je masak lemak..nk repeat la apsni..hehhe.mamamas sihat ;)

    ReplyDelete