SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pada hari minggu tempohari mama telah mendapat undangan ke majlis persandingan blogger femes kita ni iaitu Broframestone di Parit Raja Batu Pahat..memang peramah kedua-dua pasangan pengantin baru ni...selamat pengantin baru Broframestone dan Iera Nazirah moga jodoh kalian berdua kekal hingga hujung nyawa yer... 


pada mulanya agak keberatan juga mama nak pergi ke majlis tu dek kerana tidak tahu arah rumah pengantin perempuan dan juga perasaan malu mama nak bertemu dengan semua blogger yang hadir di majlis itu nanti...tapi digagahi juga kerana jika tidak diambil kesempatan ini bila lagi lah mama dapat bertemu teman-teman blogger di alam maya ini..


senang rupa2nya nak mencari rumah pengantin perempuan.. ikut jer tanda arah terus jumpa..
bila dah sampai di rumah pengantin masih tak nampak sesiapa blogger yang dikenali jadi terus jer ke khemah untuk mengisi perut mama dan hubby yang sememangnya sedang kelaparan...

sedang menjamu selera kedengaran paluan kompang menandakan pengantin lelaki bergerak sampai ke rumah pengantin perempuan...first sekali ternampak blogger Dkna Abza aka pengapit pengantin perempuan bersama future husbandnya...



 sesi suap menyuap pengantin di majlis makan beradap...terover plak pengapit pengantin lelaki tu yer...jangan marah yer Dkna Abza buat lawak jer abang awak tu...


acara memotong kek perkahwinan oleh kedua-dua mempelai...


   inilah dia blogger Dkna Abza orangnya comel n cute jer bakal menjadi raja sehari juga ni kalau tak ada aral melintang tahun depan katanya...semoga cepat-cepat naik pelamin yer Dkna Abza teringin juga mama nak merasai nasi minyak dari Negeri Kelantan tu...

memang seronok berada di majlis persandingan bro kita ni...salah satu sebabnya adalah pengalaman bertemu blogger-blogger yang hadir...paling manis dan paling menyeronokkan dapat bertemu mereka secara live begini..rakan-rakan dari alam maya bertemu di alam nyata secara realiti...


inilah pertama kali mama bertemu blogger Mia Liana sekeluarga...orangnya memang peramah seperti di alam maya juga mempunyai seorang anak perempuan yang petah bercakap... jika ada kelapangan bolehlah kita bertemu lagi yer Mia Liana.. duduk bukan jauh sangat pun tapi susah juga nak bertemukan...bolehlah nanti kita buat gatering dengan blogger2 yang lain plak...nice to meet u Mia Liana...


 semuanya ambil peluang bergambar dengan blogger femes kita ni iaitu Papa Ben Ashaari dan juga anaknya Qhaliff yang comel tu..Papa Ben juga seorang blogger yang peramah sudi beramah- tamah dengan semua blogger yang ada di majlis itu...tak sangka mama blogger2 yang hadir ke majlis ini semuanya peramah2 belaka termasuklah Papa Ben sekeluarga...


dan ini seorang lagi blogger yang femes di dunia blogging iaitu blogger Lyssa Faizureen.. kecik molek jer orangnya anak mummy Penang memang peramah juga orangnya...bila mama ke Penang nanti bolehlah Lyssa jadi tourist guide mama di sana bolehkan Lyssa.....


Qhaliff yang comel dan pandai bergambar ini anak kepada Papa Ben...memang Qhaliff jadi tumpuan ketika ini..semua blogger suka padanya walaupun tak pernah berjumpa tapi Qhaliff tetap tidak menangis bila semua orang ingin mendokongnya...very smart n cute boy...


 blogger yang ini pula adalah blogger Wie (Alwi)...juga seorang blogger yang peramah yang hadir ke majlis itu ditemani isteri dan anak-anaknya...rupa-rupanya dekat sahaja kediaman Wie dengan rumah pengantin perempuan...datang ke rumah pengantin boleh jalan kaki jer katanya...moga jalinan silatullrahim kita ini akan berkekalanlah hendaknya yer...