SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Keinginan anak menantu mama ingin merasa masakan mama hari ini... jadi terpaksalah mama memasakkan menu yang disukainya iaitu Ikan Siakap 3 Rasa...menu malam ni memang terasa kesedapannya hingga menjilat jari semuanya...
disini marilah kita kongsikan bersama-sama resepi masakan ini yer...

bahan-bahan yang diperlukan:
1 ekor ikan siakap
tepung jagung -untuk dilumur pada ikan
serbuk sedap Knorr atau
( gaulkan dengan kunyit + garam +tepung jagung)
minyak untuk menggoreng

Bahan untuk kuahnya:
10 biji cili api (potong kecik)
1 biji bawang besar (potong dadu)
3 biji bawang putih (ketuk je)
halia (dihiris)
1 biji tomato (potong dadu)
1 cili benggala (potong dadu)
sedikit nenas (potong dadu)
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
sedikit daun bawang
garam,serbuk perasa,gula (secukup rasa)
minyak

cara menyediakannya:
1-Basuh dan bersihkan ikan siakap tu,
gaulkan dengan serbuk Knorr dan lumurkan dengan 
tepung jagung.
2-Gorengkan dalam minyak yang panas setelah garing asingkan.
3-Tumiskan halia,cili padi dan bawang putih setelah garing sedikit masukkan
sos cili,sos tomato,sos tiram dan sos ikan
4- kacaukan sekejap tambahkan sedikit air
5- masukkan bahan yang telah dipotong dadu tadi bawang besar,tomato, nenas dan cili benggala.
6-tambahkan garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa
7-setelah mereneh kuahnya tuang di atas ikan siakap yang sudah digoreng tadi
hiaskan dengan daun bawang.
8-Siap untuk di hidangkan.

masak sendiri boleh bubuh macam-macam bahan dan boleh letak banyak juga... 

 ni dia dah licin pun tinggal tulangnya jer...