SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Sedih hati mama melihat seekor burung yang diperlakukan begini...sebenarnya burung ini adalah burung peliharan hubby mama yang diberikan nama gelarannya "TINY"..baru je kami menjaganya dah terjadi kejadian yang tidak diingini....

Sebenarnya Tiny dijumpai oleh hubby semasa beliau bertugas di Batu Pahat tempohari dalam melawat tempat yang dilawati tiba-tiba hinggap seekor burung tiung yang jinak di atas bahu hubby mama...melihat akan kesungguhannya mendekati hubby burung tiung itu dibawa pulang oleh hubby untuk dipelihara dan diberikan nama gelarannya "TINY"....

Tiny merupakan seekor burung tiung yang bijak,pandai membuatkan mama sekeluarga mula jatuh sayang padanya...disebabkan ketiadaan sangkar yang selesa kami tempatkannya dahulu di dalam sangkar kucing "Kembang" mama...kalau nak terjadi sesuatu perkara kita sebagai manusia tidak boleh menduganya semalam terjadilah sesuatu kejadian yang amat menyedihkan hati mama bila Tiny disakiti....

Pada pagi semalam keadaan Tiny tidak seperti sebelumnya keadaannya akan jadi riuh bila kami semua keluar menghampirinya tapi semalam berlainan dan diamat-amati keadaan Tiny semalam amat menyedihkan...dengan keadaannya yang berdarah Tiny hanya terduduk diam membisu mungkin menahan kesakitan yang dialaminya dan tanpa berlengah lagi hubby mama terus mengeluarkannya dari sangkar itu dan mendapati Tiny sudah kehilangan sebelah kakinya...

Sungguh menyedihkan hati bila melihat keadaannya begitu,hubby dengan segera mengubati Tiny menggunakan minyak gamat dan semalam keadaan Tiny amat melemahkan...jiran mama pun terkejut dengan cerita mengenai Tiny dan dia pun ada memberitahu bahawa semalam dia ada ternampak sesekor musang melalui anjung hadapan rumahnya...berkemungkinan musang itulah yang telah mengigit kaki Tiny sehingga putus...

Geram hati mama bila mendengarnya tapi apakan daya kejadian yang tidak diingini sudah pun berlaku yang mampu dilakukan adalah menjaga Tiny semoga dia cepat sembuh dari kecederaan.... dan pada pagi tadi Tiny sudah pun boleh mengibaskan kepaknya sedikit dengan badannya yang masih tidak seimbang lagi disebabkan hanya ada sebelah kaki sahaja...

alhamdullilah mama mendoakan agar Tiny cepat-cepat sembuh dan mama sekeluarga bertekad akan menjaga Tiny sampai bila-bila...diharapkan kekawan mama dapat mendoakan kesembuhan untuk Tiny juga yer...
semasa mula-mula sampai ke rumah dari Batu Pahat


keadaannya semalam kaki sebelah kanannya dah tiada....