SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Disini mama ingin bertanya pada semua bagaimana agaknya cara yang baik untuk menyediakan budget bulanan kita....semua orang pasti akan ada cara mereka tersendirikan jadi kita sepatutnya amalkan moga budget kita setiap bulan akan tetap kekal maintain selalu...semasa mama dok membuka helaian suratkhabar ni terpandang mama akan sistem bajet dengan menggunakan sistem sampul ini... kaedah ini adalah salah satu yang mama baru perasaan dan ada kemungkinan kengkawan kita pernah atau sudah melakukan cara kaedah ini.... pada yang belum mari kita mencuba kaedah ini mana tahu dengan menggunakan cara ini kita akan lebih bersistematik dalam pengurusan kewangan kita pada setiap bulan....


Dalam kaedah ini kita memerlukan beberapa keping sampul,salinan bajet dan pensil untuk melakukan aktiviti ini....


Langkah 1 : Menyediakan bajet bulanan
Kita harus mengenal pasti jumlah pendapatan atau sumber yang akan diterima pada setiap bulan dan jumlah perbelanjaan yang akan digunakan.Langkah penyediaan bajet akan memberi kesan terhadap situasi kewangan kita.


Langkah 2 : Bahagikan perbelanjaan kepada beberapa kategori.
Teliti dulu bajet kita dan bahagikan kepada beberapa kategori seperti makanan,penggunaan petrol,pakaian,peralatan rumah,hiburan dan sebagainya.Wujudkan sampul surat dan tuliskan pada setiap kategorinya pada setiap sampul surat tu.


Langkah 3 : Isikan sampul surat dengan bajet yang telah diperuntukan.
Isikan sampul surat dengan wang yang telah diperuntukan dalam bajet mengikut kategorinya.


Langkah 4 : Belanjakan wang
Gunakan wang yang telah diperuntukan mengikut kategori sampul surat contohnya sekiranya pembelian untuk makanan gunakan wang daripada sampul kategori makanan sehinggalah wang tersebut habis mengikut peruntukan dan perbelanjaan bagi kategori yang tidak popular harus dihentikan atau dikurangkan bagi bajet pada bulan hadapan pula.


Langkah 5 : Letakkan mana-mana wang lebihan untuk simpanan.
Sekiranya anda mempunyai lebihan wang dalam sampul pada hujung bulan jadikanlah sebagai tambahan simpanan atau gunakan sebagai tambahan bayaran liabiliti atau hutang.


Langkah 6 : Isikan semula bajet anda untuk bulan hadapan pula
Isikan semula wang mengikut bajet ke dalam sampul dan setiap bulan adalah peluang baru dalam menyediakan bajet dalam kita mengikuti langkah2 yang diatas sedikit tips ingin dikongsikan bersama agar impian dan hasrat benar2 menjadi kenyataan.


Tips-tipsnya ialah :
a - Alihkan peruntukan kategori pada bulan pertama sehingga anda rasa jumlah tersebut bersesuaian dengan bajet.


b - Sekiranya anda tidak membuat pembelian secara tunai ambil masa beberapa bulan untuk menyesuaikan bajet anda dalam sistem sampul ini.Jangan terus mengalah sekiranya kita tidak dapat mematuhi bajet dan kita seharusnya lebih gigih berusaha pada bulan seterusnya.


c - Sekiranya kita tidak dapat mematui sistem sampul secara bulanan mulakan secara dwi mingguan dan ia akan bermatlamatkan untuk mewujudkan suatu sistem yang berkesan untuk kita.


d - Adakah saranan membawa wang tunai ini menyebabkan kita rasa takut atau sukar?Kita boleh gunakan kad debit dan masih boleh menggunakan sistem sampul surat hanya tolakkan setiap pembelian kita dan catatkan di sampul belakang surat dan hentikan pembelian sekiranya baki sampul surat menunjukkan "o".

Marilah kita semua mencuba sistem sampul surat begini mana tahu dengan sistem ni nanti perbelanjaan kita setiap bulan akan lebih sistematik dan lebih baik...InsyaAllah