SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum ...
 Hari ni mama nak join segmen dari blogger ini
jom join yer pada yang berminat kalau
nak join klik kat sini
Sebenarnya mama dah lama tinggalkan zaman persekolahan ni
dan mungkin dah ada perkara yang mama dah lupa
tapi kerana blogger yang kerap mengunjungi mama ni pelawa
mama cubakan juga mengingati peristiwa ketika nak mengambil
peperiksaan UPSR...
tapi buat pengetahuan semua masa mama dulu
UPSR ni tidak ujud lagi dan masa mama dahulu namanya pun
berlainan dari sekarang,dahulu disebut 
Penilaian Darjah Lima....

Seingat mamalah masa mama nak ambil ujian ni mama mengalami demam panas
tapi mama pergi juga kerana masa tu masing2 nak menguji tahap kepandaian semua, 
itu yang mengagahkan diri mama untuk pergi mengambil ujian tu...
Menilai tahap kepandaian murid-murid la kononnya....
Sekolah mama masa kecil dahulu adalah 
Sekolah Rendah Kebangsaan Bakri,Muar,Johor.
Pada tahun berapa mama mengambil ujian tu mama dah lupa plak...
agak2 mama la dalam akhir tahun 70an...
Walaupun demam mama masih
berjaya membuat ujian tu dengan baik sekali.
Itulah antara perkara yang mama ingat sebab dah lama sangat jadi
ini saja yang dapat mama ceritakan buat segmen Cikgu Kancil ni...