Assalamualaikum...
Hari ini dah tak tahu nak masak apa untuk menu tengahari jadi anak bongsuku suggestkan buat mee bandung kerana dah lama tak makan katanya....Boleh jugalah janji boleh dimakan jomlah kita lihat resepinya dibawah ini dan diatas gambar "Mee Bandung Muar"menu tengahari tadi yang telah berjaya dimakan....Nyummmmm.....
BAHANNYA:
1 kilo mee kuning
1/2 kilo daging
udang geragau
cili kisar
fish kek/ball
sedikit sayur sawi
daun bawang n daun saderi (utk hiasan)
bawang goreng (utk hiasan)
cili merah hiris (utk hiasan)
telur
tauge
garam n serbuk perasa
sedikit tepung jagung (utk memekatkan kuah)
CARANYA:
Mee kuning dibasuh dan dicelur sebentar.Rebus daging sehingga empuk dan kemudian dihiris nipis-nipis.Air rebusan daging tadi jangan dibuang boleh dicampurkan kedalam kuahnya nanti.Ambil udang geragau,basuh toskan kemudian kisar campurkan dengan cili kisar tadi.Panaskan minyak dalam periuk tumiskan bawang yang telah dihiris dan bahan yang telah dikisar tadi.Setelah garing masukkan air rebusan daging tadi dan tambahkan air secukupnya biarkan sehingga mendidih.Setelah mendidih masukkan fish kek,fish ball,sawi dan daging yang telah dihiris nipis.Biarkan sebentar masukkan garam,serbuk perasa dan gula secukupnya.Akhir sekali masukkan tepung yang telah dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuahnya.Bila dah masak bolehlah di hidangkan.Selamat mencuba!!!!!!
0 Comments
Post a Comment