ASSALAMUALAIKUM...

MIRAGOLD KEDAI EMAS EKSKLUSIF, MEWAH DAN MURAH | Wowww !! memang terkesima la bila sampai dan melangkah masuk di Kedai Emas Miragold di ECO Tropics Kota Masai Pasir Gudang ni,dengan tema Tiffany Bluenya yang sangat menarik dan layanan staffnya memang first class...korang jangan tak percaya tau layout dalaman kedai ni memang-memang cukup eksklusif sekali.

Biasa la kita orang perempuan ni memang pantang sebut kedai emas jer pasti ada saja yang akan mencuri perhatian mata dan hati nanti,nak cari kedai yang murah tanpa upah dan design barang kemas yang cantik dan menarik memang jarang nak jumpa jadi bila dah tahu kedai emas Miragold ni ada kesemuanya itu bolehlah riki2 mana tahu ada yang terkenan dihati dan terus grap bawa balik...

Kedai Emas Miragold Pasir Gudang

Kedai Emas Miragold ini dimiliki oleh seorang usahawan muda yang berasal dari Kluang Johor. Masa permulaan perniagaan beliau hanya memulakan perniagaan secara online sahaja dan lama kelamaan beliau terus membuka kedai emas pertama di Bandar Baru Uda dan mula beroperasi pada 27 Oktober 2018 dan sehingga sekarang..Kedai Miragold di Pasir Gudang ini adalah kedai beliau yang kedua dan ianya akan terus dijadikan sebagai ibu pejabat Miragold.

 Layanan mesra dari staff Miragold


1 👉 Staff Peramah Dan Mesra
Melangkah masuk saja sudah ada staff yang menyambut kita di pintu masuk sambil menyapa dengan senyuman dan peramah..staff yang lain juga akan turut menyapa sekali memang terasa selesa sekali bila dapat layanan mesra bila berada di sini.

Hilang rasa kekok dan malu untuk bertanya tentang harga atau apa saja tentang harga emas semasa.Mereka akan kongsikan info yang perlu untuk pelanggan yang datang dan jangan risau kesemua staff di sini semuanya ramah, masih muda2 lagi dan yang penting semuanya amat terlatih sekali...memang mudah untuk berurusan dan mereka, semuanya adalah staff yang sangat menitik beratkan keselesaan ketika pelanggan berada di Miragold.
 
2 👉 SISTEM NOMBOR GILIRAN
Melangkah masuk di pintu hadapan ada staff yang menyambut pelanggan dengan senyuman dan kita akan diberikan dengan nombor giliran. Sambil menunggu giliran dipanggil kita boleh bersantai di sofa dan kerusi yang disediakan di ruangan menunggu...

Rasanya memang jarang sangat nak jumpa kedai emas yang menyediakan sistem nombor yang sistematik begini di Johor, sebab itulah ramai pelanggan suka datang ke Miragold walaupun mereka datang dari jauh dan diluar daerah. 

3👉Emas Tanpa Upah
Agaknya inilah tujuan pelanggan ramai ke Miragold sebab mereka akan mencari kedai yang tiada mengenakan upah.Walau bagaimana pun kita sebagai pelanggan kenalah bertanya juga dengan staff yang melayan kita itu samada barang yang kita nak beli tu ada upah atau pun tidak .

Tak semua barang emas yang ada dijual tanpa upah sebab bila ada yang dikenakan upah tu sudah semestinya barang emas itu adalah barang kemas yang susah cara pembuatannya atau paten yang rare.Sebenarnya kadar upah yang dikenakan pun tak la terlalu mahal,ianya berbaloi, mampu milik dan mampu dibayar oleh semua pelanggan.

4👉Kadar Trade In Tertinggi
Yer! Jangan risau Trade In di Miragold memang akan dapat harga yang tertinggi.Memang dah cuba survey dan rasanya memang mama akan datang sekali lagi untuk trade in barang lama untuk dapatkan barang kemas yang terbaru di Miragold ni.


5👉Design Terbaru Dan Eksklusif
Memang rambang mata la tengok koleksi terbaru dari Miragold ni,semuanya design baru,cantik,menarik dan eksklusif sangat.Setiap jenis barang akan ada koleksi terbaru dan ada 800 jenis design hanya untuk rantai tangan sahaja tau,memang banyak dan rambang mata bila nak memilih ni..

Koleksi Rantai Tangan Emas Dari Dubai

Koleksi Rantai Dari Dubai


6👉Kedai Cantik Dan Mesra Pelanggan
 
Sampai terlelap En Abang menunggu...



Masuk jer memang dah terpandang suasana yang cantik dan rasa keselesaan bila berada di sini.Sofa empuk disediakan untuk bersantai sambil menunggu nombor giliran dipanggil.

Jika masih menunggu lama dan bila masuk waktu bersolat atau rasa nak terkucil di sini ada juga disediakan surau dan tandas untuk digunakan bila2 masa yer..

Kedai Emas Miragold Kota Masai ni ada 2tingkat tau, sebab itu semuanya adalah untuk keselesaan pelanggan semasa membeli dan memilih,disebelah bawah dan atas semua terdapat barang emas yang  disediakan tp lebih menarik kalau naik di tingkat atas sebab barangan emasnya lebih eksklusif..boleh cari dan lihat barang kemas apa yang disukai..

7👉Harga Istimewa Bila Memiliki Kad Keahlian Miragold

Untuk memiliki kad keahlian, pelanggan hanya perlu membayar sebanyak RM29 sahaja untuk setahun dan bayaran RM10 untuk bayaran keahlian seterusnya setiap tahun.

Dengan adanya kad keahlian Miragold pelanggan boleh menikmati diskaun harga bila membeli emas dan setiap pelanggan boleh menebus 1gram gold bar 999.99 secara percuma setelah mencecah
25,000 point.

8👉Hadiah Percuma Untuk Pelanggan

Memang tak sesuai dengan tangan mama yang kecik ni...alhamdullilah dapat mencuba juga gelang berharga RM78 ribu ni...

Setiap pelanggan akan memperolehi hadiah dari Miragold bila mana 
mereka membeli setiap 1gram emas gold bar 999.99  selama 5 tahun mereka akan mendapat 1gram percuma untuk tahun seterusnya. Pada korang yang berminta jangan tunggu2 lagi jom segera ke Kedai Emas Miragold sekarang untuk mendapatkan emas gold bar di sini.

9👉Tukang Emas Yang Profesional
Jangan risau jika ada barangan emas yang perlu dibaiki di Miragold ada menyediakan tukang emas yang profesional dan amat berpengalaman selama 14tahun dalam bidang ukiran emas dan pembuatannya.

10👉Servis Ukiran Nama

Woww menariknya boleh tempah nama dalam masa 3jam sahaja!! Pada korang yang teringin menempah nama bolehlah datang ke sini yer,dalam masa 3jam jer tempahan siap untuk diambil tapi tengok pada susah atau senangnya paten yang dipilih tu tau..kalau susah designnya akan ambil masa 3 hari untuk menyiapkan tempahan tersebut.

Menarikkan bila pakai rantai,gelang atau cincin yang ada terukir nama kita sendiri.Ada bermacam-macam jenis ukiran ada disediakan di sini.


11👉Servis Jual Beli Secara Online

Selain ada menjual barangan emas di kedai, Miragold memang ada menjual, membeli dan trade in secara online juga.

Pada yang tidak berkesempatan untuk datang ke kedai bolehlah membeli emas secara online juga.Memang dijamin 100% sampai ke tangan pelanggan dengan selamat dan jika ada kesulitan samaada barangan yang dibeli tidak sampai atau rosak pihak Miragold akan memulangkan semula duit bayaran yang telah dibuat tapi mesti ada bukti bahawa barangan yang sampai itu sememangnya betul2 rosak atau hilang.

Jual Beli Emas Online

Akhir sekali ucapan terima kasih buat En.Firdaus dan staff2 Miragold sebab sudi melayan mama sepanjang mama berada di Kedai Emas Miragold ini.

"Kedai Emas Miragold Esklusif Mewah Murah Memang Terbaik"



beg cenderahati cantik dari Miragold bila kita membeli emas di sini..

Sempat selfie dengan Duta Miragold ni..

Tonton jer live mereka dari 10pagi - 10mlm tanpa henti.

Tag line Online Miragold 

"INGAT EMAS INGAT MIRAGOLD HOLA HOLA HOLA"

KEDAI EMAS MIRAGOLD

Pakar Emas Idaman Wanita

Alamat : No17A & 17B,Jalan Ekoperniagaan 7, Taman Kota Masai 81700 Pasir Gudang.

Waktu Operasi : 10am - 9pm

No Telefon : 07-2553855 / 601110516455

Email : miragold.gcommerce@gmail.com

Website : miragold.com.my

Facebook : Miragold

Instagram : emasmiragold 

Tik Tok : emasmiragold

Youtube : MIRAGOLD