ASSALAMUALAIKUM...
Teleport sedia untuk menghantar vaksin ke Sabah dan Sarawak
Kuala Lumpur, 16 Mac 2021 - Dalam usaha menangani pandemik COVID-19 dengan vaksin yang akan datang, Teleport, cabang logistik airasia Digital telah dilantik oleh Utama Multimodal Logistics Sdn Bhd (UML), sebuah syarikat perkhidmatan logistik rantaian sejuk yang menumpukan kepada perkhidmatan pengangkutan perubatan, untuk membuat penghantaran vaksin yang akan datang, dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak.
Vaksin disimpan dalam bilik sejuk khas sebelum penghantaran
Dengan memanfaatkan rangkaian airasia yang luas di Sabah dan Sarawak, Teleport akan membantu UML menghantar semua vaksin yang akan datang ke Sandakan, Labuan, Bintulu, Miri dan Sibu. Vaksin ini akan menjadi keutamaan untuk dibawa oleh semua penerbangan AirAsia.
Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsak berkata, “Sejak pertama kali berita vaksin diumumkan, Teleport telah berusaha meningkatkan kemampuan perkhidmatan kami untuk menyokong pengedarannya. Penghantaran peralatan perubatan memerlukan penjagaan dan ketelitian yang tinggi khususnya dari segi masa dan suhu. Dengan mematuhi Peraturan Kawalan Suhu IATA dan mengamalkan sistem terbaik di dalam industri, kami telah membangunkan infrastruktur yang kukuh dan dipercayai untuk memastikannya sentiasa berada dalam suhu yang ditetapkan. Salah satu pencapaian terbesar kami setakat ini termasuklah menghantar sampel perubatan dalam masa kurang dari lapan jam dari klinik di Kota Kinabalu ke makmal di Klang.”
Teleport sedia untuk membuat penghantaran
Proses vaksinasi telah dimulakan, tetapi perjuangan untuk mengakhiri pandemik ini masih belum selesai. Kami akan terus berusaha menawarkan perkhidmatan terbaik dalam industri penjagaan kesihatan menerusi penghantaran vaksin dan peralatan perubatan lain yang diperlukan pada masa akan datang. Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan UML dan berharap untuk meneruskan kerjasama ini dalam jangka masa panjang,” kata Pete.
Pengarah Urusan UML, Nizam Ariff berkata, “Kami teruja dapat bekerjasama dengan Teleport untuk membantu menghantar vaksin yang akan datang dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian AirAsia yang kukuh di dalam negara dan di seluruh Asia, serta ketepatan dan kecekapan Teleport dalam melaksanakan penghantaran yang cepat, kami yakin bahawa kerjasama ini akan berjalan lancar.”
Selain perkhidmatan penghantaran kargo udara, Teleport juga akan menyediakan pengangkutan darat untuk menghantar vaksin yang akan datang, setibanya di Sabah dan Sarawak.
***
Mengenai Teleport
Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari airasia Digital, bertujuan membina impian kargo dan logistik airasia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja - daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube
3 Comments
alhamdullilah
ReplyDeleteAlhamdulilah, harap kita semua pun cepatlah dapat vaksin kan Maaa
ReplyDeletesemoga dipermudahkan la urusan mereka bawa balik vaksin tu...
ReplyDeletePost a Comment