Tuesday, March 24, 2020

FAMILYDAY KERABAT HASSIM@HASHIM PART 2 GAMES

ASSALAMUALAIKUM...
FAMILYDAY KERABAT HASSIM@HASHIM PART 2 GAMES| Cerita family day ni dah beberapa bulan lamanya berlalu tapi kenangan bersama-sama keluarga masih lagi jadi ingatan...walaupun hanya 3 hari 2 malam bersama tapi kemeriahan semua ahli keluarga dalam masa yang singkat tulah yang membuatkan ikatan kekeluargaan diantara kami tetap utuh seperti dulu juga..semoga ikatan kekeluargaan yang terjalin diantara kami akan terus berkekalan hendaknya...

Di bawah ni adalah diantara permainan /games yang telah kami sediakan untuk semua ahli keluarga yang ada untuk bersama-sama bermain sesama kami...

1-Rebut Kerusi Bermuzik
Semua ahli keluarga sepakat bermain bersama-sama...
Pak sedara,mak saudara,anak saudara,cucu saudara semua happy bermain bersama...
Mama pun turut sekali bermain,tumpang sekaki dan enjoy bersama-sama...
Dalam bermain sempat lagi mama nak online story kat ig...story tetap kena lakukan walaupun dalam sibuk-sibuk ni...
Akhirnya tahniah pada yang berjaya,tempat pertama cucu saudara,tempat kedua anak saudara dan tempat ketiga menantu mama...

2-Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu
Games ni pula kat mama memang tiada satu keping gambarnya yang ada dalam simpanan tapi tak tahulah mungkin ahli keluarga yang lain ada simpan...boleh tak sempat nak snap wahai cameraman yang ditugaskan tapi tak apalah janji gambar yang lain ada dalam simpanan...

3-Isi Air Dalam Botol Guna Span
Games untuk anak saudara dan cucu-cucu saudara yang ada..bila bab games untuk budak-budak ni memang happy sangat semuanya...
Cucunda mama pun turut serta dalam semua games yang diadakan...
Memang seronok semuanya...berebut-rebut hendak memenuhkan botol dengan air...hadiah tetap disediakan untuk yang anak-anak mahupun yang berjaya juga yg tidak berjaya..
Satu group budak bertiga ni dan group nilah yang berjaya mendapat tempat pertama..

4-Cari Duit Syiling Dalam Tepung
Games yang last ni lah yang sangat happing sekali...games yang buat semua yang join comot dan seronok sesangat...
 Tengoklah betapa comot semuanya berebut meniup tepung untuk mencari duit syiling yang diletakkan di dalamnya...
 Tiup ! Tiup ! Jangan tak tiup...
Hahahaa penuh muka dan rambut dengan tepung...
Wakil dari family yang sporting sanggup join games ni....semuanya dah macam tepung gomak jadinya...
 Dah main tepung lastnya ni,cari duit dah habis rupanya...
Pak Andaklah abang hubby mama adalah yang paling sporting sanggup menjoinkan diri dalam games ni walaupun muka dipenuhi dengan tepung...
Kakak hubby (mak teh) pun sporting juga sanggup menjoinkan diri dalam games ni...
Group cucunda mama bersama cucu saudara ini adalah group yang berjaya walaupun Darwisy keluar bila mula-mula tepung memenuhi mukanya dan akhirnya kak Sofealah sorang-sorang yang menghabiskan games tu..walaupun comot tapi memang happineng giler games ni...akhirnya kami semua dapat menghabiskan games yang disediakan...itupun kanak-kanak ni masih mahu lagi games yang lain sebab seronok sangat kata mereka...itulah cerita games yang kami jalankan ketika familyday tempohari...diharap akan ada lagilah familyday.untuk tahun-tahun mendatang nanti jika dipanjangkan umur kami semua in sha Allah...

p/s nanti kita sambung lagi entri memasak bersama keluarga pula...

2 comments:

  1. Seronok bila gelak tengok gelagat ahli keluarga. Terhibur.

    ReplyDelete
  2. Menarik dan seronok bila dapat berkumpul ramai macam ni

    ReplyDelete